Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-08 14:26:56    
Wang Longde Nyatakan Usaha Cegah dan Kawal Penularan Penyakit AIDS telah Capai Hasil Ketara melalui Pembentukan Kawasan Contoh

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Menteri Kesihatan China Wang Longde semalam berkata, usaha menubuhkan kawasan contoh bersepadu merupakan langkah penting bagi mencegah penularan penyakit AIDS di China. Melalui usaha tersebut, matlamat merawat pesakit AIDS, memelihara kesihatan rakyat dan kestabilan masyarakat telah direalisasikan. Usaha itu juga telah memainkan peranan penting bagi mencegah penularan penyakit AIDS dan mencari cara yang terbaik dan sesuai dengan keadaan China bagi mencegah penyakit itu.

Wang Longde menyatakan demikian dalam "Sidang Pertukaran Pengalaman antara Kawasan Contoh Bersepadu bagi Mencegah Penyakit AIDS" yang diadakan semalam. Sidang yang berlangsung selama dua hari itu merupakan sidang pertukaran pengalaman antara pelbagai kawasan contoh yang pertama kali diadakan secara besar-besaran.

Dimaklumkan, terdapat 51 buah kawasan contoh telah ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan China pada Mac tahun 2003. Kini, kawasan contoh itu telah dikembangkan kepada 127 buah kawasan di 28 buah provinsi, wilayah autonomi, bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat China dan Kops Pembangunan dan Pengeluaran Xinjiang, terutamanya di kawasan yang kerap berlaku kes penularan penyakit AIDS. Seramai 83 juta orang penduduk terlibat dalam kawasan contoh tersebut, termasuk seramai lebih 13 ribu pembawa HIV positif.

Wang Longde menjelaskan bahawa berdasarkan pernilaian pakar-pakar daripada pelbagai antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan, kawansan contoh telah berkembang pesat berbanding tahun yang lalu. Ia telah menyediakan landasan bagi pihak berkenaan melaksanakan dasar-dasar negara dan pelbagai langkah pencegahan penyakit AIDS.

Wang Longde menyatakan bahawa walaupun usaha mencegah dan mengawal penularan penyakit AIDS telah mencapai hasil ketara di kawasan contoh, tetapi masih terdapat pelbagai masalah yang perlu diatasi. Masalah-masalah itu termasuklah kekuangan pegawai perubatan, pelbagai dasar belum dilaksanakan dengan sungguh-sungguh, proses rawatan dan pengurusan masih belum distandardkan dan sebagainya.