Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-08 10:49:41    
Hu Jintao: Tingkatkan Pembangunan Sumber yang Boleh Dikitar Semula

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perhimpunan Sumber Yang Boleh Dikitar Semula Antarabangsa Beijing 2005 telah dirasmikan di Beijing semalam. Presiden China, Hu Jintao telah mengirim surat tahniah kepada perhimpunan itu.

Beliau menegaskan, meningkatkan pembangunan dan penggunaan sumber yang boleh dikitar semula merupakan cara baik penyelesaian masalah sumber dan alam sekitar yang semakin serius. Masyarakat antarabangsa seharusnya meningkatkan kerjasama dalam bidang pengkajian dan pembangunan, perkongsian teknologi, bantuan kewangan dan lain-lain agar sumber yang boleh dikitar semula dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam sosioekonomi manusia.

Hu Jintao menyatakan, China mengutamakan usaha pembangunan dan penggunaan sumber yang boleh dikitar semula.