Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-08 14:31:44    
Kes Serangan Lanun Di Perairan Indonesia dalam Tempoh 9 Bulan Pertama Tahun Ini Menduduki 1/3 Jumlah Seluruh Dunia

CRI

Pusat Laporan Kes Serangan Lanun dari Biro Maritim Antarabangsa yang berpusat di Kuala Lumpur baru-baru ini mengeluarkan pengumuman bahawa dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini, sebanyak 205 kes serangan lanun berlaku di seluruh dunia. Angka ini menurun sebanyak 18% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Namun, perairan Indonesia tetap merupakan kawasan yang paling bahaya dan setakat ini sebanyak 61 kes serangan lanun telah berlaku dan menduduki hampir 1/3 daripada jumlah keseluruhannya.

Menurut Akhbar "Lianhe Zaobao" Singapura, pengumuman tersebut dibuat kerana situasi di beberapa kawasan semakin membimbangkan walaupun jumlah serangan lanun semakin menurun. Manakala di perairan Somalia pula telah berlaku 19 kes serangan lanun dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini. Namun bagi tempoh yang sama pada tahun lalu hanya satu kes sahaja yang berlaku di kawasan tersebut.

Di Selat Melaka pula, kes serangan lanun telah berkurangan kepada 10 kes dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini berbanding 25 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lalu. Usaha kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia meningkatkan rondaan di kawasan perairan Selat Melaka memberikan manfaat bersama bagi ketiga-tiga negara.