Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-09 14:46:46    
Pusat Pakar Teknologi Pertanian Yangling Bantu Petani Belajar Teknologi

Agensi Berita Xinhua China

Menubuhkan makmal di kawasan pertanian dan mempercepat penggunaan hasil teknologi adalah masalah yang dihadapi oleh banyak badan kajian teknologi. Pekerja Pusat Teknologi Pertanian Yangling menubuhkan "Pusat Pakar Teknologi Pertanian" agar kaum petani dapat belajar teknologi pertanian dan secara berkesan mempopularkan teknologi pertanian.

Kawasan Contoh Pertanian Baru Yangling yang mempunyai pakar dari Universiti Teknologi Pertanian dan Perhutanan Barat Laut dan lain-lain merupakan satu-satunya kawasan pertanian canggih yang baru. Tujuannya ialah menggunakan hasil teknologi Yangling dalam pengeluaran pertanian, mendorong perkembangan pertanian di kawasan kering. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, para pakar dan sarjana universiti tersebut telah menubuhkan "Pusat Pakar Teknologi Pertanian".

Makmal dan bilik kursus terbentang di depan semasa memasuki pintu gerbang, pangkalan dan tanah percubaan di luar pintu, itulah kesan pertama semasa berkunjung ke pusat tersebut. Di pusat itu terdapat banyak gedung bangunan dua tingkat, dilengkapkan ruang rehat, pejabat, ruang tamu, makmal, bilik kursus, perpustakaan, ruang penasihat teknologi dan lain-lain, di sebelah pusat itu adalah pangkalan percubaan. Bagi pakar pertanian, pusat itu adalah pusat kajian dan percubaan serta pusat pempopularan teknologi dan benih baru; bagi para petani, itu menjadi pusat latihan teknologi dan pusat maklumat; bagi pengeluaran pertanian tempatan, itu menjadi pusat benih unggul pertanian dan pusat teknologi.

Jawatankuasa Pengawalan Kawasan Contoh Yangling memaklumkan, pusat tersebut adalah salah satu kejayaan besar mencipta teknologi pertanian dan mempopularkan contoh baru. Pada masa ini, terdapat 170 pusat pakar di seluruh China menurut contoh tersebut.