Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-09 15:16:48    
Penduduk Islam Nanning Menyambut Hari Raya Aidilfitri

CRI

Nanning juga dikenali dengan nama "Bandar Hijau" kerana iklim subtropikanya yang sering hujan dan terik dengan sinaran matahari yang amat sesuai untuk tumbuh-tumbuhan. Penduduknya terdiri daripada 36 etnik minoriti, antaranya etnik Zhuang, etnik Miao, etnik Yao, penduduk etnik Han dan penduduk yang beragama Islam. Kerajaan Nanning sentiasa mengadakan majlis kebudayaan dikalangan pelbagai etnik, bawi mewujudkan masyarakat harmoni.

Pengerusi Persatuan Islam Nanning, Encik Ma ketika diwawancara oleh wartawan berkata, "Terdapat seramai lebih 30 ribu orang penduduk Islam di Guangxi, bandar Guilin didiami paling ramai penduduk Islam, iaitu lebih 17,000 orang. Penduduk Islam di bandar Nanning seramai lebih 3,200 orang. Terdapat sejumlah peniaga Islam dari Xinjiang dan Qinghai juga menetap di bandar itu untuk menjalankan urusan perniagaan mereka.

Hari Raya Aidilfitri tetap disambut meriah oleh penduduk Islam Nanning pada setiap tahun walaupun jumlah penduduk Islam di sana tidak begitu ramai. Pada hari itu, mereka bersama-sama bersembahyang di masjid Nanning yang terletak di pusat bandar. Masjid yang dibina pada zaman dinasti Qing itu kini sudah bersejarah lebih 300 tahun dan telah diperbaiki semula oleh kerajaan bandar Nanning dengan peruntukan lebih 4 juta Yuan Renminbi.

Encik Ma telah membawa wartawan kami melawat masjid yang cantik dan megah itu. Beliau memaklumkan wartawan, "seni bina Masjid Nanning bercirikan istana, bangunannya empat tingkat dan keluasannya 2,800 meter persegi. Balai sembahyang boleh menampung lebih 300 orang Jemaah pada satu-satu masa. Lebih kurang 100 orang penduduk Islam tempatan dan penduduk Islam dari negara asing bersembahyang di masjid ini pada hari Jumaat.