Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-18 14:21:04    
Persaingan Tiga Negara Sukan yang Kuat Asia Timur Dorong Perkembangan Industeri Sukan Asia

CRI

Sukan Asia Timur ke-4 ditutup di Makau China pada malam 6 November yang lalu. Dalam temasya sukan tersebut, kontinjen China memperoleh 127 pingat emas dan menduduki tempat teratas dalam senarai kedudukan pingat emas, manakala Jepun dan Republik Korea masing-masing menduduki tempat kedua dan tempat ketiga.

Sukan Asia Timur yang diadakan empat tahun sekali merupakan temasya sukan yang paling besar di rantau Asia Timur. Shanghai China, Busan Republik Korea dan Osaka Jepun telah mengadakan temasya sukan tersebut. Dalam temasya sukan kali ini dicadangkan 17 acara antaranya termasuklah 11 acara yang ditetapkan dalam Sukan Olimpik. Seramai 3000 orang atlet dari 9 buah negara mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Semasa membincangkan mengenai erti Sukan Asia Timur, Pengerusi Lembaga Suruhanjaya Sukan Asia Timur Makau Encik Xiao Weili menyatakan bahawa disebabkan oleh penyertaan China, Jepun dan Republik Korea telah mendorong perkembangan sukan Asia. Beliau berkata, "Sukan Asia Timur ada mempunyai tiga elemen penting iaitu negara sukan yang kuat di Asia terletak di kawasan Asia Timur, kedua, Sukan Asia Timur Makau diadakan setahun awal Sukan Asia Doha 2006, temasya sukan tersebut menyediakan peluang yang baik bagi atlet China, Jepun dan Republik Korea untuk menambah pengalaman dan ketiga persembahan atlet unggul China, Jepun dan Republik Korea akan menggalakkan lebih ramai atlet lain mengambil bahagian dalam Sukan Asia dan Sukan Oliompik. Makau telah berjaya menganjurkan dengan begitu cemerlang,Sukan Asia Timur, saya yakin, Sukan Asia Timur akan dapat melatih lebih ramai atlet unggul dan memberi sumbangan bagi perkembangan sukan Asia."

Antara ketiga-tiga negara sukan yang kuat tersebut, China sentiasa menduduki tempat teratas. Dalam temasya sukan pada kali ini, China menghantar kontinjen yang terdiri daripada 394 orang atlet dan memperoleh 127 pingat emas serta menduduki tempat teratas dalam senarai kedudukan pingat emas. Semasa memperkatakan tentang kedudukan China dalam kalangan tiga negara sukan yang terkuat tersebut, Ketua kontinjen Republik Korea Lee Sung Gook berkata, "Republik Korea, China dan Jepun merupakan tiga negara sukan yang terkuat di Asia, terutama sekali atlet China, mereka dipilih daripada 1.3 bilion orang dan China juga mementingkan usaha meningkatkan kedudukan negara melalui bidang sukan. Di samping itu, Sukan Olimpik akan diadakan di Beijing pada tahun 2008, oleh itu, hasrat China menjadi negara sukan yang kuat semakin meningkat. Pada pendapat saya, atlet China sangat hebat. Mereka mendapat sokongan daripada pihak kerajaan. Selain itu, saya juga berpendapat prestasi atlet dapat ditingkatkan melalui persaingan. Saingan hebat daripada atlet Republik Korea dan Jepun, telah menggalakkan atlet China mencapai kejayaan yang lebih besar."

Untuk membuat persiapan untuk Sukan Asia Doha dan Sukan Olimpik 2008, China, Jepun dan Republik Korea telah menghantar ramai atlet muda mengambil bahagian dalam temasya sukan tersebut. Ketua Kontinjen Jepun Sakarai Koji menyatakan bahawa dalam Sukan Asia Timur kali ini, matlamat mereka bukanlah pungutan dalam senarai kedudukan pingat emas, sebaliknya mereka berharap melalui temasya sukan tersebut dapat mencungkil bakat atlet-atlet muda yang berpotensi besar. Beliau berkata, "Dalam Sukan Olimpik Athens, China dan Jepun telah mencapai kejayaan yang membanggakan. Di Asia, China, Jepun dan Republik Korea merupakan pesaing yang hebat. Oleh itu, ketiga-tiga negara tersebut memainkan perananan penting untuk mendorong perkembangan sukan."