Menurut Agensi Berita Xinhua China, selepas China dan A.S. semalam mencapai kata sepakat tentang perdagangan barangan tekstil, Persatuan Perdagangan Import-Eksport Tekstil China menyatakan, perjanjian itu akan menyediakan iklim perdagangan tekstil yang lebih terbuka dan stabil antara China dengan A.S. dan bersesuaian dengan kepentingan kedua-dua negara tersebut.
Persatuan itu juga berpendapat, perjanjian tersebut akan meningkatkan keyakinan dan keazaman perusahaan China dan pengimport A.S. serta mendorong perdagangan tekstil China-A.S. berkembang pesat secara berterusan. Serentak dengan itu, perusahaan China harus menyempurnakan strukturnya, mengawal diri sendiri serta meningkatkan ekport tekstil yang teratur kepada A.S..
|