Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-10 15:55:16    
Dalian Ambil Tindakan Pencegahan Atasi Wabak Selesema Burung

Agensi Berita Xinhua China

Dalian mengambil langkah positif bagi menghadapi wabak selesema burung dengan membentukkan enam garis pencegahan.

Dimaklumkan, ladang ternakan ayam-itik di bandar Dalian sangat banyak, nilai pengeluaran ayam-itik merupakan 35% nilai daripada pengeluaran ternakan di seluruh bandar, dan menyebabkan industri pemprosesan juga meningkat 1 bilion yuan RMB. Jangkitan wabak selesema burung akan menjejaskan industri ternakan dan industri pemprosesan hasil ternakan. Selain itu, sejak September hingga akhir November pada setiap tahun, beberapa juta ekor burung hijrah melalui Dalian, ini juga mengakibatkan kesukaran besar terhadap kerja pencegahan wabak tersebut.

Menghadapi situasi sekarang, walaupun wabak selesema burung masih belum dikesan, tetapi kerajaan Dalian telah memulakan rancangan menghadapi kejadian kecemasan dan mengatasi wabak tersebut. Dimaklumkan, pihak-pihak berkenaan di Dalian telah mengambil tindakan yang berkesan, menubuhkan enam garis pencegahan, antaranya termasuklah: meningkatkan garis pencegahan burung berhijrah, memperkukuh garis pencegahan terhadap wabak dari luar. Selain itu, bandar Dalian juga menubuhkan badan perubatan tetap, meningkatkan latihan terhadap pegawai perubatan dan menyediakan bekalan ubat-ubatan. Badan kesihatan bandar Dalian juga menubuhkan kumpulan pendidik mencegah wabak selesema burung, memberi bimbingan teknologi pencegahan, terutama sekali meningkatkan kawalan terhadap kawasan pekan dan bandar yang terlibat dalam sektor pertanian.

Dimaklumkan, pada masa ini, bandar Dalian telah memperuntukkan 3 juta yuan RMB bagi mencegah dan mengawal wabak selesema burung. Kerajaan bandar Dalian menuntut kerajaan dan pihak-pihak berkenaan daripada pelbagai peringkat agar meningkatkan pelaksanaan bagi memastikan pelbagai tindakan dapat dijalankan.