|
Agensi Berita Xinhua China melaporkan, gunung ais yang besar menyekatkan penghijrahan penguin-penguin di Antartika dan ini mempercepat proses evolusi mereka. Para ahli biologi sedang menggunakan teori tersebut untuk menjelaskan perbezaan keturunan yang begitu besar antara penguin zaman moden dengan leluhurnya pada 6,000 tahun lalu.
Pada musim panas setiap tahun, penguin Adelie di Antartika akan kembali membuat sarang di tempat yang sama dan berkembang biak. Sedangkan, terdapat seekor anak penguin mati purata daripada 4 ekor. Dari semasa ke semasa, banyak bangkai penguin dari zaman yang berbeza tertinggal di tempat habitat. Cuaca di Antartika sangat sejuk, maka, DNA bangkai penguin tersebut disimpan dengan baik. Ini menyediakan bukti-bukti penting bagi ahli biologi mengkaji proses evolusi penguin.
Kumpulan pengkajian biologi Universiti Massey New Zealand pada tahun 2002 lalu telah berjaya mendapati bahawa kelajuan evolusi penguin amat pesat berbanding spesies lain melalui kajian DNA mitokondria penguin kuno.
Berdasarkan laporan Rekod Akademi Sains Kebangsaan A.S (PNAS), dalam tempoh 6,000 tahun lalu, gen penguin berubah banyak dan ini amat mengejutkan. Pengkaji membandingkan karion DNA daripada 15 ekor penguin kuno pada 6,000 tahun lalu dengan karion DNA daripada 48 ekor penguin moden dari habitat yang sama. Menurut hasil pengkajian itu, terdapat 6 jenis DNA telah berubah dalam urutan 9 jenis DNA. Dalam sejarah evolusi, 6,000 tahun merupakan tempoh yang amat pendek. Pada umumnya, gen daripada spesies stabil yang terpisah dari dunia luar seperti penguin tidak akan berubah begitu banyak.
Selain itu, berdasarkan kenyataan ahli biologi Universi Massey New Zealand, keretakan gunung ais di Antartika pernah kerap kali berlaku dalam masa 6,000 tahun lalu. Ini menghalang garisan penghijrahan penguin normal dan mengakibatkan sebahagian kumpulan penguin harus berkembang biak di tempat baru serta akan membaharui gen penguin di sana.
|