Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-11 15:04:22    
Pendapatan Purata Petani China Dijangka Tingkat 5%

CRI

Wartawan CRI melaporkan berita bahawa Naib Menteri Pertanian China, Yin Chengjie di Beijing hari ini menyatakan, walaupun penyakit selesema burung telah mempengeruhi perkembangan pertanian China, tetapi pendapatan purata petani di China dijangka akan meningkat sebanyak 5% pada tahun ini.

Demikian dikatakan oleh beliau dalam sidang pertanian dan situasi ekonomi desa China. Beliau menambah, struktur pendapatan petani China disempurnakan pada tahun ini dan pendapatan mereka kian meningkat. Selain itu, pengurangan kutipan cukai juga merupakan faktor utama pertumbuhan pendapatan petani.