Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-11 15:54:32    
Jumlah Pekerja Baru di Bandar China Melebihi 9 Juta Setiap Tahun

Harian Renmin Ribao
Menurut Harian Renmin Ribao, Kementerian Buru dan Jaminan Sosial China memaklumkan wartawan semalam, dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini, kerja menambah peluang pekerjaan di China mencapai kemajuan besar. Jumlah pekerja baru di bandar China melebihi 9 juta orang pada setiap tahun.

Dimaklumkan, selama beberapa tahun kebelakangan ini, China telah menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan melalui bimbingan dan galakan pembangunan pelbagai jenis sistem hak milik ekonomi. Berdasarkan statistik, pada tahun 2004, jumlah pekerja dalam sektor perusahaan swasta China telah melebihi 96 juta orang, angka ini meningkat hampir 30% berbanding tahun 2001. Selain itu, sistem perkhidmatan awam dalam pencarian kerja telah dibangunkan, dan latihan profesional yang diadakan juga telah meningkatkan jumlah pekerja baru di bandar.