Menurut Agensi Berita Xinhua China, pihak tentera Filipina semalam menyatakan, tentera kerajaan Filipina telah melancarkan pertempuran sengit dengan kumpulan bersenjata antikerajaan Abu Sayyaf di provinsi Sulu bermula 11 November lalu. Seramai 7 askar tentera kerajaan terkorban dan beberapa orang cedera dalam pertempuran itu.
Seorang jurucakap tentera Filipina menyatakan, tentera kerajaan mendapati sekumpulan anggota Abu Sayyaf yang tidak dipatikan jumlahnya di sebuah kampung di provinsi Sulu, barat daya Filipina petang 11 November lalu. Pertempuran hebat berlaku antara kedua-dua pihak tersebut dan pertempuran itu berlarutan sehingga petang semalam. Keadaan kematian kumpulan Abu Sayyaf tidak diketahui.
Jurucakap itu juga menambah bahawa tentera kerajaan telah melepaskan bedilan meriam terhadap pangkalan kumpulan antikerajaan tersebut dan bercadang menyerang pangkalan itu dengan helikopter apabila cuaca menjadi lebih baik.
|