Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-14 11:34:28    
Komoditi Maskot Sukan Olimpik Beijing 2008 Dijual Baik

Agensi Berita China

Maskot Sukan Olimpik Beijing 2008 "Friendlies" telah diumumkan pada malam 11 November, serentak itu, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing juga mengumumkan rancangan sementara penjualan komoditi izin khas Sukan Olimpik Beijing. Pada malam itu, komoditi-komoditi maskot Sukan Olimpik Beijing telah dijual di beberapa kedai khas komoditi Sukan Olimpik Beijing 2008.

Antara pelbagai komoditi maskot ada yang khusus untuk kanak-kanak seperti pen yang harganya sangat murah, juga ada lencana peringatan berharga ratusan ribu yuan RMB yang khusus untuk disimpan. Yang paling popular ialah anak-anakan "Friendlies", hanya dijual di Gedung Kerajinan Tangan Beijing, dalam tempoh satu jam telah dijual lebih 170 unit.

Pada 12 November, komoditi maskot Sukan Olimpik secara rasmi dijual di kira-kira 30 provinsi, wilayah autonomi dan bandar China. Dimaklumkan, selain 28 kedai khas penjualan runcit komoditi Sukan Olimpik Beijing, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mengesahkan lebih 160 pusat penjualan sementara untuk memenuhi keperluan.

Pada pagi 12 November, Gedung Kerajinan Tangan Beijing telah penuh dengan orang yang sedang berbaris untuk membali komoditi maskot. Di Lapangan Tiananmen juga dapat kelihatan banyak pelancong yang membawa pelbagai barang perhiasan maskot. Di Plaza Timur Shanghai, banyak komoditi maskot telah habis dijual. Pelbagai barang perhiasan kecil "Friendlies" paling disukai oleh para gadis Shanghai. Berdasarkan maklumat dari internet dan pelbagai kedai, kebanyakan orang berpendapat kelima-lima maskot "Friendlies" sangat bercirikan khas China. Kathy Wang, seorang gadis China yang sedang melanjutkan pelajaran di Kanada memberitahu wartawan bahawa citra "Friendlies" sangat comel dan bercirikan khas China, sesuai dipilih sebagai maskot yang melambangkan China.

Dimaklumkan, sejak 12 November akan terdapat lebih 300 jenis komoditi maskot Sukan Olimpik Beijing dijual di pasaran China. Penjualan komoditi maskot sangat penting dalam rancangan penerokaan pasaran Sukan Olimpik Beijing, berdasarkan ramalan pakar, keuntungan daripada penjualan komoditi maskot Sukan Olimpik Beijing akan menciptakan rekod dalam sejarah Sukan Olimpik. Penasihat Kanan Ekonomi Sukan Olimpik Beijing Huang Wei yakin bahawa keuntungan penjualan komoditi maskot Sukan Olimpik Beijing akan melebihi 300 juta dolar Amerika.