Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-14 18:23:15    
China Laksanakan Pelbagai Tindakan untuk Cegah Perebakan Wabak Selesema Burung

CRI

Menurut Agensi Berita Xinhua China, kerajaan China sedang melaksanakan pelbagai tindakan untuk mencegah perebakan wabak selesema burung.

Kementerian Sains dan Teknologi China di Beijing hari ini mengumumkan bahawa mereka telah berjaya mengeluarkan vaksin cacar anti penyakit selesema burung untuk manusia dan akan menjalankan percubaan tidak lama lagi.

Dilaporkan lagi, Kementerian Pertanian China hari ini memaklumkan bahawa kini China mampu mengeluarkan 100 juta buah vaksin cacar penyakit selesema burung untuk ayam dan itik setiap hari. Jumlah itu mencukupi keperluan usaha mencegah perebakan wabak selesema burung di kawasan yang mengalami wabak tersebut dengan serius.