Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-14 10:59:04    
Pengenalan tentang Pusat Hiburan Komuniti yang Sangat Popular di Shanghai

Agensi Berita China

Di China, terdapat peribahasa "Saudara Jauh Tidak Sebaik Jiran". Tetapi pada masa ini, taraf hidup warga China telah meningkat, tempat tinggal mereka juga bertambah baik, namun, hubungan jiran mereka menjadi semakin renggang. Kami jarang memberi salam kepada jiran kami dan hampir tidak mengenali penduduk yang tinggal di komuniti yang sama.

Demi mewujudkan suasana komuniti berjiran saling membantu dan hidup harmoni, Jabatan Komuniti Zhoujiaoqiao, Daerah Changning, bandar Shanghai China telah mencipta "kebudayaan pusat hiburan komuniti" yang berjaya mengeratkan hubungan jiran sekomuniti.

"Kebudayaan pusat hiburan komuniti" melibatkan pelbagai aktiviti yang mendapat sambutan baik daripada para penduduk termasuk: pertukaran pengalaman mengajar anak-anak, pesta tarian, pameran gambar, pertunjukan kesenian teh dan lain-lain.

Dalam "Pesta Kebudayaan Pusat Hiburan Komuniti Hari Kuih Bulan pada Pertengahan Musim Luruh" selama seminggu tahun ini, wartawan Agensi Berita China telah menyaksikan penduduk dari dalam dan luar negara bersama-sama mengadakan malam gembira, pameran bonsai dan tanaman bunga, pameran sulaman, pameran seni khat dan lukisan kanak-kanak dan lain-lain. Para pengunjung amat terkejut disebabkan ramai penduduk mempunyai kebolehan masing-masing yang jarang dapat ditunjukkan.

Di pusat pameran kemahiran tangan, Gu Guolin dan Li Shenyi, penduduk Komuniti Zhoujiaqiao, menggunakan stoking berwarna menghasilkan pelbagai bonsai seperti bunga teratai, bunga kekwa dan bunga mawar; Jiang Yiying menggunakan manik yang berbeza bentuk dan warnanya menghasilkan beg tangan; Zhaoqiwei, anggota Persatuan Jurugambar China, mempamerkan gambar berkualiti yang bertema "Tumpukan Perhatian terhadap Bahagian Barat".

Para penduduk suka menyertai aktiviti seumpama itu. Mereka suka membawa anak masing-masing ke pusat hiburan komuniti untuk menikmati muzik, menari, bermain permainan dan mengenali kawan baru.

Selain itu, para suri rumah juga dapat memenuhi masa lapang mereka.

Komuniti Zhoujiaqiao merupakan tempat asal perdagangan luar dan industri di bandar Shanghai. Dalam tempoh hampir 7 tahun lalu, daerah lamanay telah dipulihara dan banyak bangunan tinggi telah dibina. Lebih 60% penduduknya adalah perantau yang pulang dari luar negara, pegawai kanan perusahaan asing dan perantau Cina. Jabatan Komuniti Zhoujiaoqiao berdasarkan pusat hiburan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk mengeratkan hubungan penduduk dan menjadikan mereka menikmati kehidupan yang harmoni.

Di Kelab Suri Rumah yang ditubuhkan Jabatan Komuniti Zhou Jiaoqiao, para suri rumah di komuniti tersebut dapat belajar pengetahuan kewangan yang baru; dalam Kursus Pembantu Rumah Konsep Baru yang pertama di Shanghai, para majikan dan pembantu rumah mereka dapat meningkatkan komunikasi. Selain itu, para suri rumah juga dapat menikmati pelbagai perkhidmatan dalam pelbagai aktiviti termasuk Kelab Wanita Berpengetahuan, Pasukan Pertunjukan Fesyen, Dapur Hijau Keluarga Zhoujiaqiao, Kumpulan Bunga Kain Sutera, Kumpulan Kaitan dan lain-lain.

Puan Zhou, suri rumah yang baru pulang dari luar negara ke tanah air belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di China dan ingin kembali ke luar negara semula. Namun, sejak menyertai aktiviti yang diselenggarakan Jabatan Komuniti Zhoujiaqiao di pusat hiburan komuniti, beliau mengenali ramai kawan baru termasuk jiran barunya. Pada masa ini, Puan Zhou menjadi suri rumah sepenuhnya masa dan suaminya juga dapat menumpukan perhatian terhadap tugasnya dan tidak bimbang akan isterinya bosan tinggal di rumah.

Pada masa ini, Jabatan Komuniti Zhoujiaqiao telah menubuhkan sebanyak 126 buah kumpulan peminat dan lebih 61% penduduknya telah menganggotai kumpulan yang berbeza-beza.

----AZMI