Menurut Agensi Berita Xinhua China, paip saluran minyak China-Kazakhstan petang semalam berjaya disambungkan di bandar Alashankou, China yang terletak di sempadan China-Kazakhstan. Pekerja Jabatan Paip Saluran Minyak China melakukan pengimpalan terakhir terhadap paip saluran minyak China-Kazakhstan, ini menandakan projek utama paip saluran minyak kaliber besar sepanjang kira-kira 1000 kilometer fasa pertama paip saluran minyak China-Kazakhstan berjaya diselsesaikan dan telah menyediakan asas kukuh agar semua projek berjaya diselesaikan pada bulan Disember tahun ini.

Projek pembangunan paip saluran minyak China-Kazakhstan merupakan paip saluran minyak transnasional pertama dalam sejarah China-Kazakhstan. Projek tersebut dilaburkan kira-kira 1 bilion dolar Amerika oleh China National Petroleum Corp(CNPC) dan Petro Kazakhstan Inc dan dirancangkan akan mampu menyalurkan 20 juta tan minyak setiap tahun.

Naib Pengarah Urusan Petro Kazakhstan berkata dalam upacara penyambungan bahawa kejayaan projek itu merupakan teladan kerjasama kalangan minyak kedua-dua negara. Wakil pemegang saham pihak China Projek Paip Saluran Minyak China-Kazakhstan Yin Juntai berkata, kejayaan projek tersebut menandakan kerjasama sumber tenaga kedua-dua negara memasuki tahap baru. Peningkatan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang sumber tenaga ialah hasrat bersama kerajaan dan rakyat kedua-dua negara dan bererti penting bagi peningkatan taraf kehidupan rakyat dan pembangunan ekonomi kedua-dua negara. Beliau berkata, CNPC kini sedang melakukan 53 buah projek di 21 negara, antaranya 9 buah projek dilakukan di Kazakhstan, tidak lama sebelum ini, Chinese Petro Corp(CPC) di bawah pimpiman CNPC telah mengabungkan Syarikat Minyak PK Kazakhstan, boleh dikatakan, masa depan kerjasama sumber tenaga China-Kazakhstan sangat cerah.

Berdasarkan perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan kedua-dua negara, pembangunan paip saluran minyak China-Kazakhstan merupakan projek penting dalam kerjasam sumber tenaga Kedua-dua negara, projek fasa pertama akan diselesaikan dan mulai menyalurkan minyak pada pertengahan bulan Disember tahun 2005.
|