Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-15 14:59:17    
China akan Adakan Peperiksaan TOFEL dalam Internet pada Tahun Depan

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Pusat Perkhidmatan Peperiksaan Pendidikan A.S. dan Pusat Peperiksaan Kementerian Pendidikan China semalam mengumumkan, Tanah Besar China akan melaksanakan peperiksaan TOFEL dalam internet pada Mei, 2006.

Berdasarkan perjanjian kerjasama yang ditandatangani oleh Pusat Perkhidmatan Peperiksaan Pendidikan A.S. dan Pusat Peperiksaan Kementerian Pendidikan China di Beijing semalam, Pusat Peperiksaan Kementerian Pendidikan China akan mula melaksanakan peperiksaan TOFEL generasi baru di Tanah Besar pada May, tahun depan. Pada masa itu, peperiksaan bertulis tangan akan dibatalkan.

Berbanding dengan peperiksaan tulisan kertas, peperiksaan TOFEL generasi baru akan menggunakan internet untuk menghantar soalan ujian kepada pelbagai negara dan kawasan, serta menggunakan cara elektronik untuk mencatat jawapan ujian dan menghantar jawapan itu ke rangkaian pemarkahan buatan manusia menerusi internet.

Peperiksaan TOFEL dalam internet akan memeriksa kemampuan Inggeris pengikut ujian dalam aspek mendengar, bahasa lisan, membaca dan menulis bahasa Inggeris, dan juga menyediakan maklum balas kepada pengikut ujian, menunjukkan kelebihan dan kekurangan kemampuan bahasanya.

Peperiksaan TOFEL dalam internet dapat memeriksa kemampuan keseluruhan pengikut ujian dalam bahasa Ingeris, dan bentuk pemarkahan akan lebih adil dan munasabah. Cara itu akan menggalakkan pembaharuan pendidikan peperiksaan bahasa Inggeris di China.

Setakat ini, China merupakan satu-satunya negara yang mengadakan peperiksaan TOFEL dalam internet sendiri yang diberikan mandat oleh Pusat Perkhidmatan Peperiksaan Pendidikan A.S.. Peperiksaan TOFEL dalam internet pertama dilaksanakan di A.S. pada September ini, dan berturut-turut akan dilaksanakan di pelbagai negara dan kawasan lain dalam dua tahun akan datang.