Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-15 19:11:20    
Wabak Selesema Burung Dikawal di China

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Pegawai perubatan haiwan China, Jia Youling hari ini di Beijing berkata wabak selesema burung yang dikesan di 9 tempat di China semenjak musim luruh tahun ini telah dikawal pada asasnya.

Beliau ketika menjawab pertanyaan orang ramai di laman web menyatakan wabak selesema burung di pelbagai tempat di China telah dikawal dengan usaha kerajaan dan badan perubatan haiwan pelbagai tempat.

Kerajaan bandar Tianchang, provinsi Anhui China hari ini mengumumkan membatalkan tindakan kuarantin yang dijalankan sebelum itu.

Dilaporkan lagi, pakar WHO ketika diwawancara di bandar Changsha China hari ini memuji kerajaan China yang menjalankan pertukaran yang rapat dengan WHO dalam usaha mencegah penularan wabak selesema burung.