Setakat tahun lalu, peperiksaan taraf bahasa mandarin China telah mengadakan peperiksaan taraf terhadap orang asing yang belajar bahasa mandarin di 151 buah pusat peperiksaan di 34 buah negara. Peperiksaan itu dilaksanakan pada tahun 1990. setakat kini, lebih 200 ribu orang telah menyertai peperiksaan itu. Hanya pada tahun lalu, terdapat 90 ribu orang menyertai peperiksaan itu di dunia. Tahun ini, jumlah orang yang menyertai peperiksaan itu lebih banyak.
Profesor Lv Bisong, Mantan Presiden Institut Bahasa Beijing China, beliau pertama mengemukakan mengkaji pendidikan bahasa mandarin terhadap orang asing sebagai sebuah kursus yang khas pada tahun 1978, dan menganjurkan penubuhan Persatuan Pendidikan Bahasa Mandarin Luar China pada tahun 1983, serta menganjurkan penubuhan Persatuan Pendidikan Bahasa Mandarin Dunia pada tahun 1987. HSK yang disempurnakan oleh Lv Bisong telah dikenal pasti oleh pakar pada tahun 1990, dan mula dilaksanakan di China dan dunia.
Institut Bahasa Mandarin bukan sahaja memupuk pelajar, tetapi juga memupuk guru bahasa mandarin. Lv Bisong berkata, Institut Bahasa Mandarin Antarabangsa Singapura akan memulakan kursus pemupukan bahasa mandarin, pemupukan peperiksaan taraf bahasa mandarin, pemupukan guru yang menjadi bahasa mandarin sebagai bahasa asing, bahasa mandarin perdagangan, dan bahasa mandarin pelancongan.
Institut bahasa mandarin antarabangsa di Singapura bukan Institut bahasa mandarin antarabangsa pertama ditubuhkan oelh Profesor Lv di luar negara China, Profesor Lv juga menubuhkan Institut bahasa mandarin antarabangsa di Indonesia. Beliau berkata, Singapura merupakan metropolis antarabangsa. Selepas menubuhkan Institut bahasa mandarin antarabangsa di Singapura, itu akan menjadi platform pembangunan China. Seterusnya, kita akan menubuhkan Institut bahasa mandarin antarabangsa di Thailand dan Korea Selatan, bahkan di seluruh dunia.
|