Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-16 16:45:04    
Duta Besar China di Malaysia: Hubungan Dua Hala China-Malaysia Berkembang Sihat dan Stabil

CRI
Kini, hubungan kerjasama dan pertukaran antara China dengan Malaysia dalam bidang ekonomi, sains, teknologi dan kebudayaan berkembang amat pesat dan menjadi contoh yang baik dalam kerjasama serantau 10+1. Mengenai kerjasama dua hala China-Malaysia pada masa ini serta prospeknya pada masa akan datang, kami telah mewawancara Duta Besar China di Malaysia, Encik Wang Chungui baru-baru ini.

Beliau dalam wawancara itu telah memberi penilaian yang amat tinggi terhadap perkembangan hubungan China-Malaysia pada beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau berkata, kepercayaan dalam bidang politik dan ekonomi antara China dengan Malaysia telah ditingkatkan secara berterusan melalui lawatan pucuk pimpinan bagi kedua-dua negara. Selain itu hubungan ekonomi dan perdagangan China-Malaysia juga mempunyai prospek yang cerah memandangkan pertukaran dan kerjasama yang kini semakin erat antara kalangan perdagangan kedua-dua buah negara.

Seperti yang dimaklumkan oleh Duta Besar Encik Wang Chungui bahawa hubungan China-Malaysia telah memasuki tahap perkembangan yang pesat dan menyeluruh apabila pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua pihak terus ditingkatkan dalam bidang politik, ekonomi, perdagangan, pelancongan, kebudayaan dan pendidikan. Jumlah perdagangan dua hala China-Malaysia telah mencapai 26 bilion 260 juta Dolar Amerika pada tahun lepas.

Persahabatan jiran yang baik dan hubungan kerjasama yang saling menguntungkan antara China dengan Malaysia telah diperkukuh dengan usaha pemimpin kedua-dua negara yang sentiasa menumpukan perhatian kepada perkembangan hubungan dua hala. Yang di-Pertuan Agong Malaysia Tuanku Syed Sirajuddin telah mengadakan lawatan ke China pada bulan Mac tahun ini. Di samping itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo telah melawat Malaysia pada bulan Mei lalu dan Naib Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak menjalankan lawatan rasminya ke negara China pada bulan September lalu.

Duta Besar China di Malaysia, Encik Wang Chungui berharap kerajaan bagi kedua-dua negara akan terus berusaha bersama-sama mendorong perkembangan hubungan kerjasama rakan strategik China-Malaysia, mewujudkan matlamat supaya jumlah perdagangan dua hala setahun mencapai 50 bilion Dolar Amerika sebelum tahun 2010 dan meneroka potensi dalam kerjasama pertanian, sumber tenaga, pelancongan, teknologi tinggi dan pembinaan infrastruktur.

Ketika memperkatakan prospek perkembangan kerjasama China-Malaysia pada masa akan datang, Encik Wang Chungui menyatakan kerjasama China-Malaysia dalam bidang komunikasi, pengedaran barangan dan kewangan ekononmi akan berkembang secara sihat dan stabil dengan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.