Di kawasan bahaigan utara China, kepanasan dibekalkan dengan membakar arang batu. Cara ini membazir sumber tenaga dan suhu di bilik tidak dapat dikawal dengan stabil. Biro Meteorologi Bandar Haerbin berjaya menyelesaikan kajian teknologi menjimatkan sumber tenaga baru-baru ini. Cara membakar arang batu berdasarkan perubahan cuaca dapat menjimatkan arang batu sebanyak lebih 10%. Pada masa ini, kerajaan bandar Haerbin sedang berusaha mempopularkan teknologi tersebut.
Berdasarkan maklumat, jumlah arang batu yang dibakar berdasarkan anggaran pengguna sendiri setiap hari di banyak tempat dan tidak ada alasan saintifik. Seiring dengan pelaksanaan pembaharuan, perusahaan yang membekalkan kepanasan harus menjamin suhu di bilik kekal stabil dan menjimatkan kos dengan sedaya upaya. Maka mereka memerlukan alasan santifik untuk menetapkan beberapa arang batu harus dibakar setiap hari.
Menurut maklumat Encik Guo Jialin, pegawai kumpulan kajian jimat sumber tenaga berdasarkan perubahan cuara yang juga Naib Pengarah Biro Meteorologi Bandar Haerbin, sejak tahun 2001, kakitangan Biro Meteorologi Bandar Haerbin telah mengadakan kajian teknologi menjimatkan sumber tenaga berdasarkan perubahan cuara selama lebih tiga tahun dan berjaya memperoleh banyak data-data dan bahan meteorogi agar para pengguna membakar arang batu secara saintifik.
Teknologi itu amat mudah digunakan. Stesen Biro Meteorologi Bandar Haerbin mengumumkan ramalan cuara dalam tempoh 24 jam yang akan datang, para pengguna boleh mengetahui jumlah arang batu yang harus digunakan berdasarkan data-data dalam borang berkaitan berdasarkan data suhu udara.
Pakar berpendapat, kajian teknologi menjimatkan sumber tenaga berdasarkan perubahan cuaca telah mencapai taraf maju dalam negara. Setelah teknologi menjimatkan sumber tenaga tersebut digunakan di bandar Haerbin, sebanyak lebih 100 juta Yuan RMB dapat dijimatkan setiap tahun. Di samping itu, teknologi itu juga bermanfaat bagi mengurangkan pelupusan air kumbahan dan menjimatkan sumber air.
Menurut rancangan, teknologi tersebut akan dipopularkan di bandar lain di Provinsi itu.
|