Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-17 11:13:21    
296 Buah Batu Tanda Sempadan China-Vietnam di Provinsi Yunnan Ditetapkan

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, usaha penetapan sempadan China-Vietnam di Provinsi Yunnan, China baru-baru ini mencapai kejayaan besar. Setakat akhir bulan Oktober tahun 2005, 296 buah batu tanda sempadan China-Vietnam di Provinsi Yunnan telah ditetapkan, antaranya 258 buah batu tanda sempadan telah ditegakkan, garis sempadan China-Vietnam sepanjang 294 kilometer telah ditetapkan.

Pada bulan Julai dan September tahun 2002, China-Vietnam masing-masing menegakkan batu tanda besar di beberapa pos kawalan sempadan China-Vietnam. Ini menandakan proses penyelidikan sempadan dan penegakan batu tanda sempadan China-Vietnam di daratan secara rasmi dimulakan.

China-Vietnam menubuhkan 6 buah kumpulan penyelidikan sempadan bersama untuk melaksanakan tugas penyelidikan sempadan. Pihak China menghantar lebih 200 pekerja untuk menyertai penyelidikan bersama sempadan China-Vietnam di Yunnan, jumlahnya hampir sama dengan pekerja Vietnam.

Dimaklumkan kumpulan tersebut lebih dulu akan melaksanakan tugasnya di kawasan sempadan yang mudah ditetapkan berdasarkan "Perjanjian Sempadan Daratan China-Vietnam", serentak itu juga merujuk keadaan geografi dan pentadbiran sejarah.

Untuk menyelesaikan tugas penyelidikan sempadan dengan lebih baik, Jabatan Penyelidikan dan Pemetaan Negara China menghantar 19 pakar untuk membantu keenam-enam kumpulan penyelidikan sempadan.

China-Vietnam merupakan negara jiran, persahabatan antara rakyat China-Vietnam telah bersejarah lama. Pada abad ke-19, penjajah Perancis menduduki Vietnam. Pada tahun 1897, mereka memaksa kerajaan Dinasti Qing China menetapkan sempadan China-Vietnam yang tidak adil, tambah lagi teknik penyelidikan dan pemetaan pada masa itu agak ketinggalan, ini mengakibatkan sempadan China-Vietnam sampai kini tetap terdapat banyak masalah dan keadaan ini tidak bermanfaat bagi pentadbiran kedua-dua negara di kawasan sempadan.

Mulai dari tahun 1970an, China-Vietnam berturut-turut mengadakan rundingan tentang sempadan daratan dan akhirnya menandatangani "Perjanjian Sempadan Daratan China-Vietnam" pada 30 Disember tahun 1999. Pada tahun 2000, China-Vietnam mulai bersiap untuk menetapkan sempadan daratan kedua-dua negara.