|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, sejak projek memulihkan tanah pertanian menjadi hutan semula iaitu projek ekologi utama China mula dilaksanakan pada tahun 1999 hingga kini, kerajaan China telah memperuntukkan 103 bilion yuan RMB. 25 buah provinsi, wilayah autonomi dan bandar, serta kops pengeluaran dan Pembangunan Daerah Ketenteraan Xinjiang yang terlibat projek itu mengatur tugas memulihkan tanah pertanian menjadi hutan semula 22.9 juta hektar.
Naib Ketua Pengarah Pejabat Projek Pulihkan Tanah Pertanian Jadi Hutan Semula Biro Pentadbiran Kehutanan Negara China Liu Shuren memaklumkan, pada tahun 1999 hingga tahun 2005, telah memulihkan tanah pertanian menjadi hutan semula sebanyak 22.9 juta hektar, memulihkan tanah pertanian menjadi kawasan hutan 9 juta hektar, membina kawasan hutan 12.6 juta hektar di gunung dan tanah terbiar yang sesuai membina kawasan hutan, membina kawasan hutan sebanyak 1.3 juta hektar di gunung. Terhadap tugas yang sudah diselesaikan, kerajaan China juga akan terus-menerus memperuntukkan 110 bilion yuan RMB.
Projek memulihkan tanah pertanian menjadi hutan semula telah memberi sumbangan penting kepada pembangunan ekologi China untuk memasuki "tempoh perimbangan pemulihan dan perosakan". Liu Shuren berkata, pelaksanaan projek itu, menyebabkan keluasan kawasan yang menanam hutan menlebihi 6.7 juta hektar dalam 4 tahun berturut-turut daripada lebih 4 juta hektar tahunan, sehingga keadaan ekologi dibaiki dengan ketara.
Tambah beliau, ketika keadaan ekologi dibaiki, pelaksanaan projek itu juga lelah mempercepat langkah penyusunan semula struktur aspek pertanian, mendorong pemindahan tenaga kerja di desa, secara langsung menguntungkan 120 juta petani, juga menjamin dan meningkatkan kemampuan pengeluaran bersepadu pertanian di kawasan projek dan kawasan aliran tengah dan hilir sungai Yangtze.
|