Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-18 14:22:21    
Shenzhen Capai Pertumbuhan Ekonomi Yang Pesat

CRI

Shenzhen merupakan sebuah Bandar yang baru berkembang maju di bahagian selatan China sejak lebih 25 tahun lalu daripada sebuah pekan yang kecil bilangan penduduknya. Sahenzhen telah berkembang maju berbanding Empat Naga di Asia yang pernah mencipt keajaiban dalam pertumbuhan ekonomi di dunia.

Shenzhen sebagai zon ekonomi khas telah terlebih dahulu melaksanakan dasar pembaharuan dan buka pintu di China. Pada tahun 1980, kerajaan China menetapkan zon ekonomi khas di sana melaksanakan dasar keutamaan penggunaan tanah dan cukai kerana berhampiran Hong Kong dan kedudukan geografinya yang strategik menjadi pilihan pelabur asing untuk mengatasi kekurangan dana dan merangsang pertumbuhan ekonominya melalui import teknologi tinggi dan pengalaman pengurusan efisien. Penyelidik Akademi Sains Sosial China Encik Han Meng berkata Shenzhen telah memainkan peranan penting dalam tempoh peralihan pelaksanaan ekonomi pasaran China daripada ekonomi perancangan merancakkan ekonomi dalam negara, pelaksanaan strategi buka pintu dan pembaharuan ekonomi pasaran.

Setelah Shenzhen ditetapkan sebagai zon ekonomi khas pada tahun 1980, sistem sumber tenaganya telah diperbaiki, kerajaan juga melaksanakan penetapan harga barangan mengikut pasaran, melaksanakan sistem lelong hak penggunaan tanah milik negar , terlebih dahulu menerbitkan saham dan sistem ekonomi pasaran sosialisme juga telah dilaksanakan di Shenzhen.

Shenzhen telah dibangunkan sebagai sebuah bandar moden yang seluas kira-kira 600 kilometer persegi daripada sebuah pekan kecil yang hanya seluas 3 kilometer persegi. Keluaran Dalam Negara Kasarnya purata setiap tahun meningkat 28%, KDNKnya mencatat lebih 340 bilion yuan Renminbi pada tahun lalu. Keluaran Dalam Negara Kasar perkapita purata meningkat kira-kira 60 ribu yuan Renminbi pada masa ini berbanding kira-kira seribu yuan Renminbi pada tahun 1980. Encik Gao Lin berkata Shenzhen merupakan sebuah bandar yang berpenduduk lebih 10 juta orang pada masa ini daripada sebuah pekan kecil, hanya ada sebuah stesen kereta api lama pada 20 tahun yang lalu.

Dasar keutamaan dan pengalaman pertumbuhan ekonomi yang berjaya di Shenzhen pada 25 tahun yang lalu telah diperkenalkan di pelbagai tempat di China. Ekonomi pasaran sosialisme China telah dilaksanakan di seluruh negara pada masa ini, pembaharuan sistem saham perusahaan milik negara juga telah dilaksanakan. Banyak perusahaan pelaburan firma asing dan perusahaan swsta telah ditubuhkan.

Pakar ekonomi berpendapat perkembangan Shenzhen dijangka akan tersekat oleh banyak faktor pada masa akan datang, iaitu sumber tanah, sumber tanaga dan air seperti yang berlaku di kebanyakan kawasan di China. Kerajaan Shenzhen berusaha melaksanakan kemajuan sains yang ditetapkan oleh kerajaan pusat untuk memastikan pertumbuhan ekonomi Shenzhen terus meningkat. Naib Pengarah Jawatankuasa Pengurusan Zon

Teknologi Tinggi Shenzhen Encik Lin Po berkata kami bekerjasama dengan 78 pusat kajian sains baru-baru ini untuk menubuhkan pangkalan kajian sains umum. Kami berkemampuan menyediakan sumber pada perusahaan besar, sederhana dan kecil untuk melaksanakan penyelidikan dan penerokaan. Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan pengumpulan dana, pentadbiran perusahaan dan pengedaran barang keluaran untuk mengurangkan kos perusahaan dalam pembaharuan dan pengeluaran mereka .

Perusahaan teknologi tinggi yang mengeluarkan telefon bimbit, komputer dan lain-lain di Shenzhen telah mencapai kejayaan yang besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Banyak perushaan teknologi tinggi yang besar, sederhana dan kecil telah ditubuhkan secara berturut-turut. Shenzhen juga mencapai kejayaan yang besar dalam bidang lain dan menduduki tempat teratas di seluruh negara China.