|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, semasa keadaan pencegahan dan kawalan selesema burung China sangat penting kini, Perdana Menteri China Wen Jiabao semalam datang ke institut penyelidikan saintifik di Beijing untuk meninjau kajian vaksin dan ubat selesema burung untuk manusia. Wen Jiabao menyatakan perhatian dan kehormatan terhadap para saintis yang sedang berusaha mengkaji vaksin dan ubat untuk mengatasi selesema burung.
Syarikat Pengeluaran Barangan Biologi Kexing Beijing Berhad bersama-sama Pusat Pengcegahan dan Kawalan Penyakit China memikul usaha mengkaji vaksin selesema burung untuk manusia. Kini kajian fasa pertama telah berjaya diselesaikan dan permohanan untuk megadakan kajian klinikal telah diserahkan kepada kerajaan China.
Syrikat Pengeluaran Barangan Biologi Kexing Beijing Berhad merupakan syarikat pertama yang berjaya mengeluarkan vaksin SARS dan mendapat perhatian dari seluruh dunia. Wen Jiabao memberi ilham kepada para pekerja bahawa pada tahun 2003 kita telah berjaya mengatasi wabak SARS, ini mengesahkan kini kita pasti dapat sekali lagi mengatasi wabak selesema burung. Wen Jiabao berasa puas hati terhadap kejayaan yang telah dicapai dalam proses kajian dan menyatakan fungsi keselamatan vaksin harus terjamin kerana perkara itu berhubungan erat dengan kesihatan rakyat.
Selanjutnya Wen Jiabao tiba di Akademi Perubatan Ketenteraan Tentera Pembebasan Rakyat China untuk meninjau kajian ubat selesema burung untuk manusia. Sebagai salah sebuah daripada tiga jabatan penyelidikan ubat terbesar di seluruh negara, akademi tersebut menanggungjawab kajian ubat selesema burung untuk manusia. Perdana Menteri secara bersungguh-sungguh mengambil tahu teori, pengeluaran dan kesan ubat kini, selepas diberitahu bahawa kajian telah mencapai kejayaan besar, beliau berasa sangat puas hati dan merakamkan terima kasih terhadap usaha para saintis.
Selepas tinjauan, Perdana Menteri Wen Jiabaojuga mempengerusi temu bual untuk menyelidikan dan mengatur usaha kajian, pengcegahan dan kawalan selesema burung.
|