Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-19 15:36:09    
Pakar WHO: Virus Selesema Burung yang Didapati di Provinsi Hunan China Sama dengan Virus yang Didapati di Vietnam dan Thailand

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua, pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) menyatakan bahawa virus selesema burung yang didapati di provinsi Hunan China sama dengan virus yang didapati di Vietnam dan Thailand, ramalan risiko WHO tentang selesema merebak di sedunia tidak akan berubah.

Maklumat tersebut didedahkan oleh pegawai provinsi Hunan China ketika menjelaskan keadaan peninjauan pakar WHO di Hunan semalam. Pegawai itu berkata, melalui peninjauan tersebut, pakar WHO berpendapat bahawa tidak ada bukti yang membuktikan selesema burung merebak antara manusia.

Diberitakan lagi, Sidang Antarabangsa Keselamatan Kesihatan Dunia berakhir di Rome semalam. Perisyrihatan Rome yang dikeluarkan oleh sidang itu menunjukkan bahawa pelbagai negara harus menyelaras kegiatan mencegah wabak selesema burung untuk menghalang virus selesema burung dijangkiti manusia.