Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-19 18:27:25    
China Kawal Penularan Wabak Selesema Burung

CRI

Menurut berita CRI, Kementerian Pertanian China semalam mengumumkan, terdapat lagi kes selesema burung dikesan di dua tempat di China. Serentak itu, kerajaan China sedang mengambil tindakan untuk mencegah dan mengawal penularan wabak selesema burung.

Dimaklumkan, dua tempat tersebut yang dikesan kes selesema burung ialah Bandar Xiaoyi di Provinsi Shanxi dan Distrik Tianshan Bandar Urumuqi di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Setelah kes tersebut berlaku, kerajaan tempatan telah melaksanakan tindakan pencegahan dan pengawalan berdasarkan rancangan kecemasan, jabatan kuarantin telah memusnahkan ayam-itek ternakan dalam lingkungan 3 kilometer di sekitar tempat yang dikesan kes tersebut. Kementerian Pertanian China telah menghantar pakar ke dua tempat itu untuk melaksanakan tindakan pencegahan dan pengawalan.

Naib Menteri Komunikasi China Feng Zhenglin menyatakan, jabatan komunikasi pelbagai tempat China akan melaksanakan tindakan pencegahan dan pengawalan yang berkesan terhadap kawasan yang dilanda selesema burung.