Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-20 15:59:37    
China Jalankan Tindakan Mencegah Penularan Wabak Selesema Burung

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kementerian Pertanian China hari ini memaklumkan bahawa pelbagai badan berkaitan di Beijing, Provinsi Henan, Sha'anxi China sedang melaksanakan pelbagai tindakan untuk mencegah wabak selesema burung.

Dimaklumkan bahawa kerajaan Beijing kini menghalang penternakan ayam dan itik di dalam bandar, menghentikan urus niaga terhadap ayam dan itik yang hidup dan menjalankan pemeriksaan yang ketat terhadap daging ayam dan itik yang dipasarkan di Beijing

Provinsi Henan juga telah melaksanakan cadangan kecemasan bagi mencegah wabak selesema burung dan menuntut kerajaan tempatan segera melaporkan jika wabak itu dikesan.

Jabatan Pertanian Shanxi juga telah menawarkan kursus latihan untuk memakmumkan cara mencegah wabak selesema burung.