Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-21 15:36:05    
Dr. Zheng Jinghong, penulis "Sejarah Perkembangan Filem Komedi China dalam Tempoh 80 Tahun Lalu"

Agensi Berita Xinhua China

Setelah melakukan kajian selama belasan tahun, Dr. Zheng Jinghong, sarjana Hong Kong China dengan biaya sendiri telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk "Sejarah Perkembangan Filem Komedi China dalam Tempoh 80 Tahun Lalu" dan mendapat pujian tinggi.

Dr. Zheng Jinghong menyatakan bahawa penerbitan buku tersebut itu dianggap sebagai hadiah kecil kepada tanah airnya sempena Hari Kebangsaan China.

Dekan Fakulti Pengarah Filem dan TV serta Dramatis Institut Kesenian Perfileman Hong Kong China Encik Liu Chenghan semasa menilai buku itu berkata, kajian Dr. Zheng Jinghong sangat penting dan menggembirakan para pakar disebabkan jarang terdapat sarjana Hong Kong secara sistematik menyelidik sejarah filem di Tanah Besar China khususnya sejarah filem komedi.

"Sejarah Perkembangan Filem Komedi China dalam Tempoh 80 Tahun" mencatat proses perkembangan filem komedi China yang bermula dari "Curi Itik Panggang", filem komedi pertama yang diarahkan oleh orang China pada tahun 1909 hingga tahun 1989. Selain itu, buku itu juga mencatat sebahagian perkembangan industri perfileman China dan perkembangan kesusasteraan dan kesenian di negara ini.

Dr. Zheng Jinghong berharap dengan penerbitan buku tersebut dapat menambah catatan yang belum dilakukan dalam sejarah filem China agar dapat menentukan kedudukan filem komedi pada tempatnya dalam perkembangan kebudayaan China pada zaman ini.

Pada puluhan tahun lalu, Dr. Zheng Jinghong, pakar tempatan perfileman Hong Kong telah menumpukan perhatian terhadap sejarah filem komedi China.

Dr. Zheng Jinghong berkata, sejak kecil iaitu pada tahun 1960-an, beliau tinggal di kawasan New Territory Hong Kong dan selalu mendengar siaran drama melalui Stesen Penyiaran Radio Rakyat Guangdong. Beliau masih teringat cerita rakyat yang terkenal termasuk Dr. Bethune dan pahlawan nasional China Lei Feng. Dengan demikian, Dr. Zheng Jinghong amat minat terhadap kebudayaan dan kesenian di Tanah Besar China.

Pada penghujung tahun 1970-an semasa melanjutkan pengajian di A.S., Dr. Zheng Jinghong menganggotai "Persatuan Persahabatan A.S.-China". Pada masa lapang, beliau membantu persatuan tersebut menayangkan filem China yang unggul di universiti. Beliau masih teringat semasa pelbagai filem kartun ditayangkan di A.S. seperti "Berudu Kecil Cari Mama" dan "Raja Monyet Pukul Tiga Kali Hantu Tulang Putih", para penonton tempatan agak meminati filem-filem tersebut.

Pada tahun 1988, Dr.Zheng Jinghong menyertai "Seminar Komedi Kebangsaan ke-3" di bandar Guangzhou. Pelbagai pakar perfileman terkenal Tanah Besar China seperti Wang Weiyi, pengarah veteran filem kanan juga menghadiri seminar tersebut. Para peserta mencapai kata sepakat bahawa filem komedi China telah mengalami perkembangan yang sukar dan mereka juga telah membincangkan bagaimana mengatasi kesukaran dalam usaha mendorong perkembangan filem komedi China.

Dr. Zheng Jinghong amat terharu akan usaha para karyawan perfileman China yang tetap bersemangat tinggi setelah mengalami banyak kesulitan. Pada masa lapang, Dr. Zheng Jinghong selalu melawat pelbagai tempat di China seperti Beijing, Shanghai dan Guangzhou, meninjau studio perfileman dan mengumpulkan maklumat. Beliau telah menonton lebih seratus filem komedi dan mewawancara puluhan orang karyawan kanan perfileman. Setelah bekerja selama belasan tahun, Dr. Zheng Jinghong berjaya menerbitkan "Sejarah Perkembangan Filem Komedi China dalam Tempoh 80 Tahun" yang penerbitannya sangat bermakna.

----AZMI