Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-21 11:33:12    
Jia Youling: China Berjaya Mengawal Selesema Burung

Harian Renmin Ribao

Menurut harian Renminribao China, Ketua Doktor Haiwan Negara China yang juga Ketua Pengarah Biro Doktor Haiwan Kementerian Pertanian China Jia Youling memaklumkan hari ini bahawa China telah berjaya mengawal penularan wabak selesema burung yang berlaku sejak musim gugur tahun ini.

Harian Renminribao terbitan hari ini yang memetik ucapan Jia Youling bahawa penularan wabak selesema burung yang berlaku di China baru-baru ini berkait rapat dengan iklim yang menjadi semakin sejuk dan penghijrahan burung. Pada masa ini, kerajaan China menumpukan perhatian yang serius terhadap pencegahan dan kawalan selesema burung dan sedang memberi suntikan vaksin terhadap ayam dan itik di seluruh negara China.