Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-22 13:24:41    
Provinsi Hu'nan Tarik Perhatian ASEAN

Agensi Berita China
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama antara China dengan ASEAN kian hari kian erat. Dengan diadakannya Ekspo China-ASEAN, pembangunan ekonomi China dan potensi pasarannya yang amat besar telah menarik perhatian para pelabur ASEAN.

Kerjasama perdagangan antara Guangdong, Hong Kong, Makau di kawasan aliran Delta Sungai Mutiara China dengan ASEAN sudah lama diadakan. Fujian dan Guangxi China yang mempunyai keunggulan lokasi juga mengadakan kerjasama dengan ASEAN. Pada masa ini, pelabur dan pedagang ASEAN telah menumpukan perhatiannya kepada Provinsi Hu'nan, bahagian tengah China agar meneroka pasaran itu. Hu'nan bukan sahaja mempunyai keunggulan lokasi, tetapi juga merupakan sebuah provinsi yang banyak mengeluarkan bahan makanan. Keadaan ini bersesuaian dengan ciri-ciri perdagangan luar ASEAN yang mengutamakan barangan keluaran pertanian.

Ekspo Pertanian Hu'nan dianggap sebagai satu platform baik bagi ASEAN memasuki pasaran Hu'nan. Pada April tahun ini, Bahagian Perniagaan Luar Kementerian Perdagangan Thailand telah menghantar pedagang dan pelabur dari 18 buah perusahaan menjalankan tinjauan di Hu'nan. Delegasi tinjuan tersebut berharap agar menggunakan keutamaan dasar pertanian tanpa tarif yang dilaksanakan dalam perdagangan antara China dengan ASEAN untuk meningkatkan kerjasama dan pertukaran dalam bidang pertanian dengan Hu'nan. Mereka bukan sahaja berharap mengimport teknologi canggih Hu'nan, tetapi juga hendak mengeksport hasil pertanian Thailand yang bermutu tinggi ke Hu'nan dan meningkatkan jumlah perdagangan. Difahamkan, Thailand, Vietnam dan negara-negara ASEAN lain akan menghadiri Ekspo Pertanian Hu'nan pada tahun depan.

Pegawai Vietnam yang menghadiri Ekspo Pertanian Hu'nan Ke-7 berpendapat bahawa pertanian merupakan asas ekonomi yang penting bagi China dan kebanyakan negara anggota ASEAN. Perkembangan perniagaan dan kerjasama kedua-dua pihak di bidang pertanian berpotensi besar. Ekspo Pertanian Hu'nan bermanfaat bagi China dan ASEAN mengintensifkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang teknologi, perdagangan pertanian dan sebagainya.