Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-22 18:46:11    
China Jalankan Kuarantin Kesihatan Ketat terhadap Eksport Itik dan Ayam

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Menteri Kesihatan China Gao Qiang di Shanghai memaklumkan, jabatan kesihatan China sedang menjalankan pelbagai tindakan berkesan untuk mencegah manusia dijangkiti selesema burung, menjamin kesihatan, nyawa, order pengeluaran dan kehidupan yang normal rakyat.

Beliau menyatakan, pada masa ini, jabatan China berkenaan sedang melaksanakan penyeliaan dan kawalan yang ketat terhadap wabak selesema burung, jabatan khas dan sistem pemberian maklumat telah dibentuk oleh kerajaan pusat dan tempatan. Selain itu, kerajaan pelbagai tempat juga menjalankan tindakan pencegahan dan kawalan yang ketat terhadap kawasan yang telah berlaku penularan selesema burung dan kawasan di sekitarnya.