Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-22 13:29:25    
Matlamat Pembangunan Tibet China pada Lima Tahun Akan Datang

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, kerajaan Wilayah Autonomi Tibet China baru-baru ini mengemukakan matlamat pembangunan Tibet pada lima tahun akan dating iaitu sampai tahun 2010, KDNK perkapita Tibet mencapai peringkat pertengahan seluruh negara, pendapatan bersih petani dan penggembala perkapita mencapai peringkat pertengahan seluruh negara dan jumlah penggunaan sumber tenaga dikawal dalam peringkat tengah seluruh negara.

Matlamat tersebut menunjukkan bahawa melalui perkembangan selama 20 tahun, sosioekonomi Tibet China telah meningkat dengan cepat.

Berdasarkan statistik, pada lima tahun kebelakangan ini, KDNK Tibet China mengekalkan kadar peningkatan lebih dari 12% dan dijangka akan mencapai 24 bilion Yuan RMB pada tahun ini. KDNK perkapita akan melebihi 1000 dolar Amerika. Pendapatan bersih petani dan penggembala perkapita berkemungkinan melebihi 2000 Yuan RMB pada tahun ini.

Pengerusi kerajaan Wilayah Autonomi Tibet China Xiangbapingcuo berpendapat bahawa matlamat tersebut memperlihatkan keazaman dan keyakinan rakyat Tibet China untuk mewujudkan pembangunan pesat.

Dimaklumkan, kerajaan pusat China meningkatan peruntukan kepada kanak-kanak petani dan penggembala di sekolah rendah dan sekolah menengah bawah serta yuran rawatan kepada petani dan penggembala Tibet. Tindakan tersebut menunjukkan bahawa memperbaiki syarat kehidupan petani dan penggembala dan meningkatkan pendapatan mereka telah menjadi tugas utama kerjaaan pusat China dan kerajaan Tibet.

Untuk mewujudkan matlamat pendapatan purata petani dan penggembala Tibet mencapai peringkat tengah seluruh negara China, kerajaan Tibet memutuskan akan melaksanakan enam strategi perkembangan termasuk membina kemudahan infrastruktur, mengembangkan ekonomi yang mempuyai keistimewaan tempatan dan lain-lain. Sampai tahun 2010, kerajaan Tibet akan menyelesaikan masalah bekalan air dan elektrik untuk semua petani dan penggembala serta menyediakan perkhidmatan telefon dan pos di semua kampung Tibet China.