Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-23 13:14:24    
Kumpulan Linde Jerman yang Menubuhkan Perusahaan Trak Angkut Pertama di China

CRI

Trak Angkut digunakan secara meluas untuk mengangkat dan menyusun barang-barang di pasar raya, lapangan terbang, pelabuhan dan lain-lain. Kumpulan Linde yang telah diasaskan sejak lebih 126 tahun bercadang akan menubuhkan ibu pejabat Asia di Xiamen, di bahagian tenggara China kerana China mempunyai pasaran dan persekitaran pelaburan yang baik sejak 12 tahun yang lalu.

Kumpulan Linde merupakan pedagang pembuat trak angkut yang terkenal di China dan ditubuhkan pada tahun 1896. Kumpulan itu mempunyai lebih 120 buah cawangan dan lebih 40 ribu orang pekerja di dunia pada masa ini. Jumlah penjualan trak itu menduduki tempat pertama di dunia dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Kumpulan Linde telah menyediakan peruntukan sebanyak 1.8 bilion yuan Renminbi pada tahun 1993 untuk menubuhkan Syarikat Berhad Trak Angkut Linde di Xiamen China. Syarikat itu menjadi pangkalan pengedaran, penjualan, perkhidmatan dan teknologi di Asia pada masa ini, dan juga merupakan perusahaan trak angkut yang terbesar dengan kelengkapan teknologi yang tercanggih di Asia. Naib Ketua Pengurus yang juga Ketua Ekskutif Kewangan Pertama Syarikat Linde China Encik Jens Splittgerber berkata syarikat kami telah menjalinkan hubungan erat dengan pedagang China, Jerman dan Amerika Syarikat, jumlah pengedaran Linde China menduduki tempat ke-4 pada tahun lalu.

Dimaklumkan terdapat 5 kawasan penjualan, 32 cawangan dan 13 perusahaan pedagang di China pada masa ini dengan jaringan perkhidmatan yang besar dan menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada para pegnguna.

Syarikat Linde telah mencapai hasil yang baik di China dan jumlah penjualan trak angkut telah meningkat kira-kira 6 ribu buah pada tahun 2004 berbanding lebih 100 perusahaan pada waktu sebelumnya. Barangan pengeluaran Syarikat Linde pada masa ini telah mencatat 30% pasaran trak angkut bermutu tinggi di China.

Selain menyediakan barangan pengeluran yang bermutu tinggi kepada pasaran di China dan luar negara. Syarikat Linde juga menyediakan perkhdimatan yang baik kepada para pengguna. Ketua Jabatan Pengedaran Syarikat Linde China Encik Chen Jinping berkata kami menumpukan perhatian yang teliti terhadap perkhidmatan sebelum dan sesudah penjualan. Sebelum penjualan, kami berusaha membuat penerangan dan pengedaran komuditi yang baik kepada para pengguna dan telah meningkatkan pengedarannya. Kmai menyediakan perkhidmatan yang baik selepas penjualan dengan menyediakan lebih 200 buah kereta di seluruh negara untuk mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh para pengguna.

Ketua Jabatan pemasaran Syarikat Linde China Antoine Chazelle berkata Syarikat Linde sebagai sebuah perusahaan pembuatan mesin yang besar bukan sahaja telah menubuhkan sebuah perusahaan di Xiamen, malahan juga banyak perusahaan sampingan yang menyediakan perkhidmatan kepada Syarikat Linde di Xiamen. Oleh itu, pembeli Linde di China juga turut meningkatkan pembangunan perusahaan tempatan.

Dimaklumkan bahawa Syarikat Linde akan meningkatkan pelaburan penyelidikan di China dan penerokaan secara berterusan pengeluaran barangan baru yang bermutu. Mereka bukan sahaja menjual barangan yang dibuat di China kepada pelbagai negara di Asia, malahan juga meningkatkan secara berterusan kuota penjualan di Eropah, Amerika Syarikat dan tempat-tempat lain.