Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-23 16:26:45    
Du Qinglin Seru Pelbagai Negara Berusaha untuk Banteras Kebuluran Sejagat

CRI
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Menteri Pertanian China Du Qinglin kelmarin di Rome menyatakan bahawa sekalipun keadaan keselamatan bahan makanan sejagat telah diperbaiki berdasarkan kegiatan kerajaan pelbagai negara, akan tetapi, isu kebuluran, kekurangan zat dan sumber alam di dunia tetap serius. Beliau menyeru pelbagai negara berusaha bersama terus untuk mengatasi kebuluran sejagat.

Du Qinglin menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan dalam Sidang ke-33 Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB pada 21 November lalu. Beliau berkata selepas Sidang Kemuncak Milienium PBB 2000, kerajaan pelbagai negara dan masyarakat antarabangsa menunaikan perjanjian dengan bersungguh-sungguh, menyokong pengeluaran bahan makanan dan pertanian dan telah mencapai kejayaan besar dalam mengatasi kemiskinan dan menjamin keselamatan bahan makanan sejagat.

Du Qinglin dalam ucapannya berpendapat bahawa demi menjayaan matlamat pembangunan milienium, negara-negara membangun seharusnya meningkatkan peruntukan dana kepada pertanian, menubuhkan sistem jaminan bagi pembangunan pertanian. Negara-negara yang maju seharusnya menetapkan cadangan pragmatik, membantu negara-negara membangun mengembangkan pertanian.

Du Qinglin berkata, kerajaan China sentiasa mengutamakan isu pertanian, pembangunan desa dan kepentingan petani. China meningkatkan secara berterusan sokongan terhadap pertanian dalam tahun-tahun kebelakangan ini, melaksanakan dasar keutamaan pertanian untuk meningkatkan secara mantap penghasilan bahan makanan dan mengembangkan ekonomi di desa China .

Du Qinglin memaklumkan bahawa wabak selesema burung merupakan ancaman serius terhadap manusia, masyarakat antarabangsa harus berusaha bersama-sama untuk mengatasi ancaman tersebut.

Beliau menyatakan kerajaan China menumpukan perhatian tinggi terhadap wabak selesema burung, menetapkan tindakan kecemasan untuk melaksanakan tugas pencegahan dan kawalan selesema burung. Dalam tempoh sidang itu, para perseta sidang juga akan membincangkan dan membahaskan pelaksanaan rancangan pembangunan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB dan tindakan masyarakat antarabangsa untuk mencegah dan mengawal wabak selesema burung.