Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-24 14:04:16    
Tiga Kawasan Ekonomi Dibangunkan di Tibet

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, berdasarkan bantuan kerajaan pusat dan provinsi-provinsi lain di China dalam tempoh selama puluhan tahun, sosioekonomi tradisional Tibet telah mengalami perubahan besar.

Pengerusi Kerajaan Wilayah Autonomi Tibet menyatakan bahawa tiga kawasan ekonomi di Tibet telah dibangunkan di bahagian tengah, timur dan barat Tibet. Kawasan-kawasan tersebut dibangunkan berdasarkan kemudahan lalu lintas dan kerjasama ekonomi. Ini melambangkan bahawa Tibet telah memasuki fasa baru untuk menyusun semula sumber ekonomi dan menyelaraskan pembangunan ekonomi rantau.

Antara tiga buah kawasan ekonomi tersebut, Kawasan Ekonomi Tengah Tibet yang terdiri daripada bandar Lahsa, Rikaze, Shannan, Linzhi dan Naqu menjadi tumpuan perhatian umum. Antara kelima-lima bandar itu, Linzhi yang merupakan kawasan mundur pada masa dahulu sekarang telah menarik banyak pedagang dari dalam dan luar negara melabur di sana, kerana Jalan Raya Sichuan-Tibet, salah sebuah jalan raya yang paling sibuk di Tibet melintasi Linzhi. Selain itu, lapangan terbang ketiga di Tibet juga akan dibina di sana. Landasan Kereta Api Qinghai-Tibet melintasi kasawan Naqu, utara Tibet. Berdasarkan keunggulan lalu lintas, Naqu telah dibina menjadi pusat pengedaran barangan. Berdasarkan rancangan perkembangan baru yang ditetapkan oleh kerajaan Tibet, Kawasan Ekonomi Tengah Tibet akan dibangun sebagai pusat ekonomi yang dapat menggalakkan perkembangan ekonomi di seluruh Tibet pada masa akan datang.

Kawasan Changdu, pusat Kawasan Ekonomi Timur Tibet akan mengambil bahagian dalam Komuniti Ekonomi Chengdu-Chongqing dan bekerjasama dengan Provinsi Sichuan dan Yunnan agar bersama-sama mengembangkan industri pelancongan. Manakala, bandar Ali dan Rikaze di Kawasan Ekonomi Barat Tibet akan mengembangkan industri pelancongan, penternakan dan mineral garam. Lapangan Terbang Ali pula akan dibina dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Penolong Dekan dari Akademi Ekonomi dan Pengelolaan Universiti Tibet berpendapat, jika ekonomi Tibet hendak mewujudkan perkembangan pesat, kerajaan tempatan seharusnya menyelaraskan pembangunan tiga buah kawasan ekonomi tersebut dan meningkatkan efisien pembangunan ekonomi rantau. Beliau menjangka, jurang perbezaan pembangunan antara Tibet dengan kawasan lain China akan kian hari kian kecil dalam masa 50 tahun akan datang.