Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-24 11:08:11    
Kes Manusia Dijangkiti Selesema Burung Dikesan Lagi di China

CRI

Menurut berita CRI, Kementerian Kesihatan China semalam memaklumkan bahawa kes manusia dijangkiti selesema burung telah dikesan lagi di China. Ini merupakan kes ketiga manusia dijangkiti selesema burung yang dikesan di China.

Kes kematian itu dikesan di kaunti Xiuning Provinsi Anhuidan dipercayai mangsa tersebut pernah menyentuh itik dan ayam yang telah mati. Kerajaan China telah memberikan taklimat tentang kes kematian itu kepada wakil WHO, kerajaan Hong Kong, Makau, Taiwai dan kerajaan beberapa buah negara.

Pada hari yang sama, Kementerian Kesihatan China dan Jabatan Pengurusan Perubatan Tradisional China telah mengumumkan "Cadangan Pengesahan dan Rawatan Manusia yang Dijangkiti Selesema Burung" dipinda baru-baru ini agar jabatan perubatan berkenaan melaksanakan dengan bersungguh-sungguh tugas berkaitan.