Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-24 14:11:09    
Eropah Akan Lancarkan Satelit Galileo Pada Bulan Disember

Agensi Berita Xinhua China

Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) baru-baru ini mengumumkan bahawa satelit ujian sistem pengemudian Satelit Galileo, "GIOVE-A" akan dilancarkan oleh roket "Soyuz" Rusia pada penghujung bulan Disember.

Berdasarkan pengumuman akhbar ESA, projek Satelit Galileo meliputi dua satelit ujian iaitu "GIOVE-A" dan "GIOVE-B". Pada masa ini, dua satelit tersebut sedang diuji. Para pakar sedang melakukan ujian dan pemeriksaan terakhir sebelum satelit "GIOVE-A" dilancarkan. Satelit "GIOVE-A" yang seberat 600 KG dikeluarkan oleh Syarikat Teknologi Satelit Surrey Britain. Satelit "GIOVE-B" akan dilancarkan pada musim bunga tahun 2006. Dua satelit ujian tersebut amat penting bagi pelaksanaan rancangan Galileo di angkasa lepas. Walau bagaimanapun, kedua-dua satelit itu bukan antara 30 buah satelit rasmi rancangan Galileo.

Kedua-dua satelit ujian itu akan digunakan untuk menguji frekuensi komunikasi sistem Galileo yang diagihkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa dan signal pengemudian khas sistem Galileo di orbit. Dimaklumkan, jam atom sebagai salah satu kemudahan penting dalam satelit tersebut juga merupakan satu program ujian.

ESA menyatakan bahawa empat satelit ujian turut akan dilancarkan pada tahun 2008 dan peringkat ujian akan diselesaikan pada tahun yang sama. Pegawai ESA memaklumkan, empat satelit ujian tersebut akan disenaraikan dalam sistem pengemudian projek satelit Galileo. Dijangka, selepas 30 buah satelit sistem pengemudian Galileo dilancarkan dan beroperasi dengan stabil di orbit, keadan Eropah bergantung kepada sistem GPS A.S. berpengharapan akan tamat. GPS merupakan salah satu kaedah pengukuran menggunakan satelit bagi menentukan kedudukan suatu titik di atas muka bumi dalam bentuk koordinat.

Pada masa ini, terdapat enam buah negara bukan anggota EU iaitu China, India, Israel, Maghribi, Arab Saudi dan Ukrain telah menyertai rancangan tersebut. Negara-negara yang sedang berunding untuk menyertai rancangan itu termasuk Argentina, Brazil, Mexico, Norway, Chili, Korea Selatan, Malaysia, Kanada dan Australia.

Rancangan Galileo akan meliputi keluasan dua kali daripada sistem GPS A.S.