Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-25 14:51:30    
Demonstrasi Bas Tenaga Hidrogen akan Dijalankan di Beijing

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, demonstrasi bas yang menggunakan hidrogen sebagai tenaga buat kali pertama akan dijalankan di Beijing. China merupakan negara membangun pertama yang melaksanakan demonstrasi tersebut. Bas tenaga hidrogen itu akan dinilai oleh penduduk dan pemandu di Beijing.

Bas tersebut tidak melepaskan sebarang asap ekzos selain daripada air, dan ini dianggap sebagai matlamat perkembangan kereta pada masa akan datang.

Pegawai berkenaan dari Kementerian Sains dan Teknologi China dan bandar Beijing menyatakan bahawa demonstrasi kali ini bukan sahaja dapat menyediakan pelbagai data untuk diadakan kajian, menguji teknologinya dan mengumpulkan pengetahunan dan pengalaman di bidang ini, tetapi juga berfaedah bagi membaiki reka bentuk, mengurangkan kos dan mempopularkan penggunaan bas tenaga hidrogen. Selain itu, penggunaan bas tersebut juga akan mewujudkan matlamat pengurangan kesan rumah hijau dan perlindungan alam sekitar.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah kenderaan di Beijing meningkat dengan cepat. Sehubungan dengan itu, pelepasan asap ekzos kenderaan mengakibatkan pencemaran yang amat serius. Seandainya masalah ini tidak diselesaikan, ia akan menjejaskan Sukan Olimpik 2008 Beijing dan sama halnya dengan Ekspo Dunia 2010 di Shanghai, kerana bandar Shanghai juga menghadapi masalah yang sama.

Untuk mempopularkan teknologi canggih dan mengurangkan pencemaran yang diakibatkan oleh pelepasan asap ekzos kenderaan, China telah melaksanakan Projek Demonstrasi Komersial Bas Bateri Bahan Bakar China pada Mac tahun 2003. Projek itu dianjurkan oleh Kementerian Sains dan Teknologi China, bandar Beijing dan Shanghai dengan bantuan daripada Tabung Alam Sekitar Sejagat dan Program Pembangunan PBB. Baru-baru ini, tiga buah bas yang menggunakan bateri bahan bakar yang dikeluarkan oleh Syarikat Daimler Chrysler sudah diangkut tiba di Beijing dan akan beroperasi di laluan 384.

Dimaklumkan, demonstrasi kereta tenaga hidrogen juga sedang dilaksanakan di A.S., Kesatuan Eropah dan Australia.