Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-27 15:55:44    
Pencemar Sungai Songhuajiang Mengalir Keluar Ha'erbin

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, pencemar yang pekat di Sungai Songhuajiang telah mengalir keluar bahagian bandar Ha'erbin dan kualiti sumber air turut bertambah baik dengan ketara di bandar tersebut.

Keputusan kawalan pada pukul 10:00 pagi tadi menunjukkan bahawa tiada benzana dikesan dalam air Sungai Songhuajiang yang diambil di pos kawalan 10 kilometer jauh dari bahagian hilir sumber air bandar Ha'erbin. Selain itu, sejenis pencemar utama yang lain iaitu Nitrobenzene juga telah diperiksa dalam standard normal.

Pada masa ini, jabatan perlindungan alam sekitar tempatan terus mengadakan kawalan dan penyeliaan terhadap pencemar yang pekat tersebut.

Ha'erbin merancang akan memulihkan bekalan air pada kira-kira pukul 11:00 malam ini.