Menurut Agensi Berita Xinhua China, permohonan untuk lesen memandu kereta di Anshan, China akan menjadi satu perkara yang saintifik pada masa akan datang. Bermula pada 1 Januari tahun 2006, pihak polis trafik di Anshan akan mengesan cap jari melalui komputer terhadap sesiapa sahaja yang memohon lesen memandu kereta. Cap cari seseorang akan ditapis ketika mengambil peperiksaan untuk mendapat lesen memandu kereta.
Ketua Jabatan Pentadbiran Kenderaan Anshan Zhao Riguang menjelaskan, kini seramai 280 ribu orang mendapat lesen memandu kereta di Anshan. Sehubungan dengan itu, lebih 2 ribu orang memohon lesen memandu kereta setiap bulan seiring dengan peningkatan pembeli kenderaan persendirian. Untuk menjamin mutunya, pihak polis trafik Anshan telah memeriksa 17 buah sekolah memandu di Anshan dan 3 sekolah yang tidak memenuhi standard telah ditutup. Disamping itu, pelbagai tindakan baru akan diambil supaya proses memberi lesen memandu kereta menjadi lebih ketat.
Pertama, cap jari seseorang akan dikesan oleh pihak polis trafik ketika momohon lesen memandu kereta dan disimpan dalam komputer. Seseorang yang mengambil peperiksaan memandu kereta harus dikesan cap jari. Ketika cap jari sama dengan yang dulu dirakam dalam komputer, barulah dia dibenarkan mengambil peperiksaan. Langkah tersebut adalah untuk mencegah "penipuan" dalam peperiksaan.
Kedua, peperiksaan kepandaian memandu kereta akan melalui kamera litar tertutup. Semua tingakah laku dalam bilik peperiksaan akan dapat dikesan. Pihak polis trafik pernah menganjurkan 3 kali peperiksaan pada 20 November lalu. Antara 133 orang menyertai peperiksaan, hanya terdapat 12 orang lulus. Kadar kelulusan mencatat 9%.
Dan ketiga, pelbagai tindakan seperti menambah isi kandungan peperiksaan memandu kereta juga dijalankan. Menurut pihak berkenaan, langkah-langkah tersebut pasti akan mencapai kesan untuk menjamin keselamatan pemandu dan orang yang lain.
|