Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-28 15:53:12    
Trend Perkembangan Ekonomi China

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, pada tahun ini, sekalipun ekonomi China telah mencapai banyak kejayaan, akan tetapi beberapa kekurangan lama juga semakin menjadi perkara yang menonjol. Semasa kami membuat penyimpulan tahun ini, trend perkembangan ekonomi China sebagai berikut.

Pertama, kerana kerajaan pusat China mengambil tindakan kawalan makro dan mengeluarkan beberapa dasar, harga penjualan rumah tahun ini menuju ke arah stabil berbanding tahun lalu. Tetapi kebanyakan pembeli rumah terus mengambil sikap menunggu harga menurun. Luas lantai rumah belum dijual di bandar Beijing mencatat 3.779 juta meter persegi, angka ini meningkat 25.3% berbanding masa yang sama tahun lalu.

Kedua, harga bahan makanan dipelihara stabil pada tahun ini. Tetapi harga bahan penghasil bahan makanan terus meningkat, sehingga pendapatan pentani dijejas dengan besar. Oleh itu, badan yang berkaitan mengambil tindakan melarang kilang baja kimia menaikkan harganya dengan sewenang-wenang untuk menjamin pendapatan petani tidak dikurangkan dalam pembaharuan cukai di desa.

Ketiga, tahun ini disebut "tahun pembaharuan pasar saham China". Meskipun bahagian pentadbir telah mengemukakan dasar baru, tetapi keadaan pasar saham tetap merosot. Suruhanjaya Kawalan Sekuriti China menyatakan baru-baru ini, sekarang China akan melakukan pembaharuan untuk menggalakkan pasar saham.

Keempat, harga minyak terus naik, sistem penetapan harga minyak harus cepat dibaharukan. Pada tahun ini, China telah 6 kali menyesun semula harga minyak dalam negara untuk menyelaraskan hubungan kepentingan pelbagai pihak selepas perubahan harga minyak. Pembaharuan sistem penetapan harga minyak sudah sangat mendesak.

Dan kelima, industri besi dan besi waja China mengalami harga yang turun-naik pada tahun ini. Pada suku tahun pertama, kerana dipengaruhi oleh kenaikan harga keluli gilingan di pasar antarabangsa dan peningkatan permintaan besi waja di pasaran dalam negara. Harga keluli gilingan terus naik. Pada penghujung Mac lalu, harga besi waja China mencapai taraf tertinggi. Tetapi setelah September lalu, harga besi waja China jatuh secara drastik. Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China berpendapat, tugas utama ialah mempercepat penggabungan perusahaan besi waja, menyisihkan yang terbelakang dan mengemaskan tata tertib pasaran besi waja dalam negara.