Menurut Agensi Berita Xinhua China, sekarang satu perkara biasa bagi penduduk China ialah mereka dengan memandu kereta persendirian menghadiri jamuan, sedangkan penduduk London bahkan menaiki bus awam atau teksi ekoran bayaran mahal tempat letak kereta. Sehubungan dengan itu, pakar komunikasi menyatakan dalam "Forum Peringkat Tinggi Komunikasi di Bandar Raya" yang diadakan di Wuhan, China baru-baru ini bahawa memandu kereta persendirian secara tidak rasional di kalangan penduduk China meningkat kesesakan jalan di bandar. Mereka menyeru penduduk China menggunakan kenderaannya secara rasional untuk mengurangkan kesesakan jalan di China. Disamping itu, kerajaan harus menyediakan sistem bus awan yang lebih selesa dan menggalakkan penduduk menaiki kenderaan awam.
Difahamkan, penduduk China yang mempunyai kereta persendirian suka memandunya ke mana-mana walaupun perjalanan tidak jauh dan selalu mengalami kesesakan jalan. Finomina tersebut membazir sumber minyak dan meningkatkan kesesakan jalan.
Pakar berpendapat, konsep penduduk China untuk memandu kereta persendirian harus diubah dan menjadi lebih rasional. Disamping itu, cara perjalanan yang rasional seperti menaiki bus awam atau keretapi bawah tanah harus digalakkan. Kerajaan harus mengambil tindakan untuk menyempurnakan sistem perhubungan lalu lintas awam. Tindakan yang dicadangkan oleh pakar termasuk: meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan kenderaan awam, menjamin semua kawasan bandar terdapat laluan kenderaan awam, memberi keutamaan kepada bus awam, meluaskan laluan manusia. Mereka berharap agar lebih ramai penduduk China menggunakan kenderaan awam dengan meningkatkan keselesaan perjalanannya.
Selain itu, pembinaan sistem maklumat perhubungan lalu lintas juga dicadangkan untuk membantu penduduk memilih kenderaan sebelum mereka ke luar supaya perjalanannya lebih senang lagi.
|