Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-29 17:08:49    
Acara Sukan Tinju China Capai Kejayaan Besar

CRI

Baru-baru ini, Kejohanan Tinju Dunia ke-13 diadakan di Bandar Mianyang, provinsi Sichuan China. Petinju China buat pertama kalinya telah berjaya meraih pingat emas di peringkat dunia.

Sudah lama, peserta Eropah dan A.S. sentiasa menduduki tempat teratas dalam acara sukan tinju, makanala peserta warga Asia kurang mencapai kejayaan besar. Ini kerana acara sukan tinju tidak mendapat tumpuan masyarakat. Sebelum tahun 2000, petinju China tidak mencapai kejayaan besar dalam arena sukan tinju dunia. Kejayaan yang paling besar ialah tempat ke-5 dalam pertandingan tinju bagi kategori 91 kilogram Sukan Olimpik Atalanta pada tahun 1996.

Dalam Kejohanan Tinju Dunia ke-13 yang diadakan di Bandar Mianyang, provinsi Sichuan China, petinju China Zou Shiming mengalahkan petinju Hungary dan meraih pingat emas dalam pertandingan bagi kategori 48 kilogram. Zhou Shiming menjadi johan dunia pertama China dalam acara sukan tinju. Selepas pertandingan tersebut, Naib Pengerusi Jawatankuasa Olimpik China Cui Dalin menyatakan, "Dalam pertandingan tersebut, Zou Shiming meningkatkan prestasinya sendiri dan memenangi pertandingan tersebut dengan keunggulan yang besar. Kejayaan yang dicapai oleh Zou Shiming tersebut telah meningkatkan keyakinan terhadap arena sukan tinju China dan meningkatkan hasrat China untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam Sukan Olimpik Beijing 2008."

Seramai lebih 400 orang petinju dari lebih 70 negara dan kawasan telah menyertai Kejohanan Tinju Dunia ke-13 tersebut. Cuba, Rusia, Azerbaijan telah menghatar petinju yang paling unggul untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Zou Shiming mengalahkan beberapa petinju hebat termasuk johan dunia bagi kategori 48 kilogram Yan Bartelemy Valera.

Dalam pertandingan tersebut, pasukan tinju China turut mencapai kejayaan dalam kategori yang lain. Petinju China Ma Yunhao dan Zhang Zhilei masing-masing menduduki tempat ke-5 dalam pertandingan bagi kategori 54 kilogram dan 91 kilogram. Selain itu, tiga orang petinju China telah menduduki tempat ke-8 teratas. Pasukan petinju China mencapai kejayaan paling besar dalam sejarah. Jurulatih tersebut China Zhang Chuanliang berkata, "Semasa kami mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Tinju Dunia ke-11 pada tahun 2001, semua petinju China telah disingkirkan dalam pertandingan pusingan pertama. Manakala dalam pertandingan Kejohanan Tinju Dunia ke-12 yang diadakan di Thailand pada tahun 2003, kecuali Zou Shiming, petinju China yang lain juga turut tersingkir dalam pertandingan pusingan pertama. Maka, dalam pertandingan Kejohanan Tinju Dunia kali ini, hanya seorang petinju China disingkirkan dalam pertandingan pusingan pertama dan akhirnya ada dua orang petinju China menduduki tempat ke-5 teratas dan Zhou Shiming telah berjaya meraih pingat emas. Perstasi petinju China semakin meningkat."

Sebenarnya bermula dari tahun 2003, pasukan petinju China telah mencapai kemajuan dalam pertandingan peringkat dunia. Dalam pertandingan Kejohanan Tinju Dunia ke-12, Zou Shiming telah meraih pingat perak bagi kategori 48 kilogram dan beliau juga turut meraih pingat gangsa bagi kategori 48 kilogram Sukan Olimpik Athens, petinju China Lei Yuping menduduki tempat ke-5 dalam pertandingan bagi kategori 57 kilogram. Manakala dalam pertandingan kejohanan kali ini, beberapa petinju muda China seperti Li Yang dan Zhang Zhilei telah memperlihatkan prestasi yang baik.

Kemajuan pasukan petinju China telah mendapat perhatian dalam arena tinju dunia. Syarikat KOTV merupakan salah satu syarikat terkenal dunia yang menganjurkan program acara sukan tinju. Produser syarikat itu David Maconachie berkata, "Dalam pertandingan Kejohanan Tinju Dunia, saya perhatikan Zou Shiming, berjaya meraih pingat perak dan sewaktu itu, saya menyedari bahawa petinju China mempunyai harapan untuk berjaya dalam dalam arena sukan tinju dunia. Dalam kejohanan kali ini, saya bukan sahaja memperhatikan Zou Shiming, saya juga turut memerhatikan Zhang Zhilei. Saya berpendapat Zhang Zhilei merupakan seorang petinju yang berpotensi besar. Saya yakin bahawa China tentu akan berjaya melatih lebih ramai petinju hebat."