Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-29 14:49:32    
Beijing Berturut-turut Bentuk Sistem Pertanian Moden

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, demi menambah pendapatan petani, meningkatkan efsien pertanian dan mewujudkan modenisasi pertanian, bandar Beijing mengembangkan penanaman pertanian, kemudahan pertanian, pertanian benih, pemprosesan pertanian, hasil keluaran pertanian, kebun penanaman pertanian dan lain-lain. Pada masa ini, pertanian Beijing telah membentuk sistem pertanian moden metropolitan.

Berdasarkan statistik, jumlah belanja penggunaan di bandar Beijing mencapai lebih 2 trilyun yuan RMB pada setiap tahun, antaranya belanja makanan mencapai kira-kira 30%. Selama ini, bandar Beijing sangat mengutamakan fungsi ekonomi pertanian. Sekarang, hasil keluaran pertanian Beijing mencapai kira-kira 37% daripada keseluruhan hasil keluarannya.

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, berdasarkan terus mementingkan fungsi ekonomi pertanian, bandar Beijing mulai menumpukan perhatian terhadap penerokaan fungsi ekologi dan sosial pertanian. Ditinjau dari fungsi ekologi pertanian, pertanian metropolitan seperti penanaman pokok, kebun buah-buahan ekologi, paya sawah dan lain-lain telah menjadi bahagian komponen penting dalam sistem ekologi bandar Beijing. Ditinjau dari fungsi sosial pertanian, di luar bandar Beijing telah dibangunkan 110 desa adat istiadat sebagai destinasi pelancongan dengan lebih 1900 buah kebun pertanian. Pada tahun lalu, destinasi pelancongan tersebut telah menerima hampir 9 juta orang pelancong, dan pada setengah tahun pertama tahun ini, bandar Beijing telah mencapai 2.7 bilion yuan RMB dalam bidang itu.

Kini, pelbagai daerah dan kaunti Beijing telah membangunkan modenisasi pertanian yang mempunyai ciri-cirinya sendiri dan telah membentuk banyak jenama pertanian. Setakat tahun lalu, di seluruh bandar dibangunkan 50 perusahaan pemprosesan hasil keluaran pertanian, 800 pangkalan hasil keluaran pertanian dan 235 perusahaan logistik pertanian. Pada tahun lalu, KDNK luar bandar Beijing mencapai 97 bilion yuan RMB, angka ini merupakan 22.6% daripada jumlah keseluruhan nilai bandar Beijing.