Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-11-30 14:39:15    
China: Pempolularan Sains Melalui Internet

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, "Laporan Pempopularan Sains China 2005" yang diumumkan baru-baru ini menjelaskan, walaupun internet memainkan peranan penting bagi perkembangan masyarakat, tetapi aktiviti mempopularkan sains melalui internet di China tidak begitu memuaskan. Antara 600 ribu laman web di China, hanya terdapat 334 buah laman web mempunyai ilmu sains profesional dan kadar itu amat rendah.

Laporan tersebut menyatakan, kekurangan laman web tentang kajian sains termasuk: ilmu sains dalam internet tidak memuaskan; kebanyakan isi kandungan mengenai ilmu sains merupakan laporan tentang sains, kajian sains atau kemudahan sains, sedangkan ilmu sainsnya agak kurang dalam internet.

Selain itu, laman web China untuk mempopularkan sains belum dapat memenuhi permintaan muda-mudi China. Persatuan Pempopularan Sains Melalui Internet China telah mengadakan pungutan suara daripada murid di sekolah menengah dan sekolah rendah. Mereka berpendapat, ilmu sains dalam internet tidak banyak dan lebih banyak ilmu sains terkini diharapkan dapat dilayari menerusi laman web. Pelbagai cara seperti berdialog dengan ahli sains, dan menambah foto berkaitannya juga dicadangkan.

Difahamkan, lebih 2/3 laman web China untuk mempopularkan sains adalah ditubuhkan oleh pertubuhan yang bukan komersial atau peminat sains. Sehubungan itu, belanja menjadi satu masalah bagi mereka. Mereka selalu tidak dapat menggunakan pelbagai teknik terkini atau menjalankan kajian sains untuk memperkaya isi kandungan dalam internet.

Untuk menangani masalah tersebut, China telah menyedari bahawa pempopularan sains dengan tujuan memenuhi permintaan awam, mengutamakan ilmu tentang komputer dan internet dan maklumat sains dalam internet dijadikan lebih banyak.