Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-12-01 15:24:27    
Perhubungan Lalu Lintas Guangdong Berkongsi Maklumat 

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Sistem Berkongsi Maklumat Keselamatan Perhubungan Lalu Lintas yang berbentuk pada pertengahan tahun 2004 telah beroperasi di provisi Guangdong, China semalam. Naib Gabenor Provinsi Guangdong You Ningfeng dalam upacara perasmian itu menyatakan, sistem tersebut akan menyediakan satu platform bagi perhubungan antara pelbagai jabatan kerajaan seperti Biro Keselamatan Awam dan Jabatan Komunikasi agar jabatan tersebut dapat menikmati maklumat keselamatan perhubungan lalu lintas dan meningkatkan pentadbiran dan kawalan perhubungan lalu lintas di provinsi Guangdong.

Sistem itu terlebih dahulu ditubuh oleh Jabatan Industri Maklumat Provisi Guangdong dan telah mendapat sokongan daripada pelbagai jabatan kerajaan dan syarikat insurans.

Dimaklumkan, projek fasa pertama sistem itu sedang dioperasi dan meliputi hampir semua kawasan di provisi Guangdong termasuk bahagian yang ekonominya mundur seperti bahagian timur dan barat serta kawasan pergunungan di bahagian utara Guangdong. Maklumat tersebut, pelanggaran peraturan perhubungan lalu lintas, pengambilan insurans dan lain-lain di seluruh provisi Guangdong akan dirakamkan dalam komputer. Sekarang terdapat 53 juta buah maklumat telah dirakamkan oleh sistem itu.

Fungsi sistem itu termasuk: maklumat kemalangan jalan raya atau pelanggaran peraturannya dapat dimaklumkan oleh pihak yang berkenaan dengan serta-merta; kerja syarikat insurans akan dijalankan dengan lebih berkesan berdasarkan maklumat kenderaan yang dirakamkan oleh sistem itu.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kenderaan dan pemandunya meningkat secara besar-besaran di provinsi Guangdong. Sehubungan dengan itu, kemalangan jalan raya juga bertambah banyak. Pada tahun 2002, sebanyak 78 ribu kali kemalangan jalan raya telah berlaku di Guangdong, seramai 12 ribu orang mati dan 75 ribu orang lain cedera. Penggunaan sistem itu akan meningkatkan kesedaran penduduk Guangdong terhadap keselamatan perhubungan lalu lintas dan mengurangkan kemalangan jalan raya.