Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-12-01 13:52:39    
Cara Pelaburan Sepihak Hong Kong ke Tanah Besar China Sedang Berubah

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, tokoh politik dan saudagar Hong Kong yang menyertai "Seminar Kerjasama Ekonomi Beijing-Hong Kong" yang diadakan di Beijing baru-baru ini berusaha mempromosikan iklim perdagangan dan pelaburan Hong Kong kepada Beijing dan tanah besar China untuk menarik modal tanah besar China ke Hong Kong. Ditinjau dari seminar itu, cara pelaburan sepihak Hong Kong ke tanah besar China selama ini sedang mengalami perubahan.

Lebih 150 orang elite perdagangan Hong Kong termasuk Setiausaha Kewangan Hong Kong Henry Tang Ying-yen dan lain-lain berusaha memperkenalkan keunggulan Hong Kong dalam bidang kewangan, perdagangan, pameran, pelaburan, pelancongan, kepakaran, perkhidmatan, hartanah dan lain-lain untuk menarik perusahaan dan orang perorangan tanah besar China mengadakan aktiviti perdagangan, pelaburan, pelancongan dan lain-lain ke Hong Kong.

Pengerusi Dewan Pembangunan Perdagangan Hong Kong Woo Kwong Ching menyatakan, pada masa lalu, kerjasama ekonomi tanah besar China dengan Hong Kong terutamanya ialah Hong Kong melabur di tanah besar China. Tetapi bermula tahun lalu,pelaburan perusahaan swasta tanah besar terhadap Hong Kong menjadi trend baru. Ini tergantung kepada dasar yang dikemukakan oleh Kementerian Perdagangan China untuk menggalakkan perusahaan tanah besar China melabur di Hong Kong pada September tahun lalu. Setakat September lalu, terdapat 53 buah perusahaan Beijing melabur di Hong Kong dengan jumlah pelaburannya mencatat 810 juta U.S. dolar.

Beliau menyatakan, sebenarnya Hong Kong telah menubuhkan sebuah jaringan perdagangan sejagat dan ini sangat menguntungkan pelabur tanah besar China. Untuk menggalakkan pelabur tanah besar China, Dewan Pembangunan Perdagangan Hong Kong telah mengundang lebih 8000 buah perusahaan tanah besar China mengadakan peninjauan ke Hong Kong. Dalam seminar kali ini, Hong Kong juga berusaha menarik pelaburan tanah besar China.

Beliau menyatakan, Hong Kong akan dengan peluang itu berusaha mencapai perkembangan dan kemajuan baru dalam kerjasama dengan tanah besar China untuk mewujudkan menang-menang.