Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-12-02 14:49:54    
China Hantar 22 Ribu Orang Belajar ke Luar Negara dalam 10 Tahun

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Sidang Pemilihan Pelajar ke Luar Negara China 2006 telah diadakan di Wuhan, China semalam. Dimaklumkan bahawa China telah menghantar 22031 orang belajar ke luar negara dalam 10 tahun kebalakangan ini, 97.02% antara mereka telah kembali ke tanahair dan kadarnya melebihi 99% pada tahun 2004.

Difahamkan, sejak awal tahun 1980-an hingga 1995, seramai 3000 orang pelajar telah dihantar oleh kerajaan China ke luar negara pada setiap tahun. Angka itu bertambah setiap tahun dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2005, seramai 7 ribu orang telah belajar keluar negara, ini merupakan rekod yang paling tinggi dalam sejarah.

Tabung Biasiswa Pelajar ke Luar Negara China meyediakan biaya kepada mereka untuk belajar di luar negara. Setiausaha Agung Tabung tersebut Zhang Xiuqin menyatakan, usaha menghantar pelajar ke luar negara telah mendidik banyak bakat profesional. Tabung itu akan menyediakan biasiswa kepada sarjana mereka dihantar ke universiti terkenal untuk belajar dalam bidang sumber tenaga, maklumat, sains biologi dan lain-lain.

Beliau menjelaskan, jumlah pelajar yang akan dihantar ke luar negara pada tahun 2006 adalah sama dengan angka tahun 2005. China akan menyediakan biasiswa sebanyak 900 juta yuan RMB kepada mereka untuk belajar di luar negara. Laman web yang beralamat www.csc.edu.cn telah beroperasi. Sesiapa sahaja yang mempunyai syaratnya boleh memohon kepadanya menerusi internet bermula pada 5 Januari tahun depan.

Tambah beliau, kadar antara jumlah pelajar yang dipilih untuk menuntut ijazah sarjana di luar negara akan bertambah pada tahun depan. Seramai lebih 700 orang yang akan dipilih dengan biasiswa penuh akan belajar di luar negara.