Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-12-02 11:09:14    
Bandar Guilin Tumpukan Perhatian Atas Kerja Perlindungan Alam Sekitar

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, pemandangan alam bandar Guilin adalah sangat cantik, tetapi alam sekitarnya pernah mengalami pencemaran dalam sejarah. Sekarang, dalam pembaharuan pembangunan bandar, bandar Guilin mengutamakan pembangunan alam sekitar dan telah mencapai kejayaan.

Bekas Pemimpin China, Deng Xiaoping pernah menyatakan, demi kemakmuran, kalau sungai Lijiang dan alam sekitar Guilin dicemar, mana yang lebih penting kesalahaan berbanding dengan jasa? Pada tahun 1976, Dewan Negara China mengemukakan peraturan, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi dan kerajaan bandar Guilin memutuskan bahawa lebih 20 buah kilang dan bengkel yang mengakibatkan cemaran, antaranya kilang pembuat kertas, kilang besi waja, dan kilang tekstil telah ditutup. Sejak itu, penduduk Guilin dapat menggunakan air bersih sungai Lijiang.

Dari tahun 1998 sehingga tahun 2002, dengan sokongan kerajaan pusat China dan kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, kerajaan bandar Guilin mulai membangunkan semula bandar Guilin secara besar-besaran, antaranya kerja terutama ialah projek perlindungan alam sekitar. Kawasan dalam bandar dan jalan utama bandar Guilin dibina sebagai projek. 2 buah sungai dan 4 buah tasik telah dilicinkan menjadi bersih. Pemandangan gunung, sungai dan tasik menjadi indah semula.

Selepas pembaharuan, kadar air kumbahan di Guilin mencapai 75%, dan kadar pelepusan sampah mencapai 100%. Sekarang, di Guilin terdapat 23 buah hotel berbintang 3 atas. Mulai tahun 1980-an, bandar Guilin berturut-turut menutup, menggabungkan dan memindahkan lebih 70 buah kilang dan bengkel yang pencemaran berat. Pada tahun lalu, kerajaan Guilin secara inisiatif menolak lebih 130 buah projek yang menjejaskan alam sekitar.

Kini alam sekitar Guilin indah, ini bermanfaat bagi pembangunan Guilin. Dalam 3 tahun kebelakangan ini, pelaburan asing terhadap Guilin telah mencapai sebanyak 250 juta U.S. dolar, dan jumlah perusahaan modal asing mencapai lebih 240 buah. Pada tahun lalu seramai 11 juta orang telah melancong ke Guilin, antaranya pelancong asing mencatat 1 juta orang.